Oleh Izzah Abbasy
Teka ia di mana? Sebuah kubur terletak di sebuah bandar di Jiangxi, China menjadi tumpuan sejak Februari lalu kerana kedudukannya di tengah-tengah jalan raya yang telah siap dibina, lapor Daily Mail. Bukan milik pemimpin negara mahupun orang yang terkenal, sebaliknya ia kubur ibu kepada seorang petani, Zhang Rongsheng. Pernah beberapa kali dirundingi oleh pihak pemaju dengan tawaran ganti rugi agar kubur itu dipindahkan, namun Zhang tetap menolak. Difahamkan beliau menolak pemindahan kubur ibunya itu kerana harga ganti rugi ditawarkan pihak pemaju tidak sesuai dengan harga yang dimintanya. Zhang menuntut harga ganti rugi sebanyak 1.3 juta Renmimbi (RM700,000) untuk memindahkan kubur ibunya itu. Menurut akhbar China Daily, jalan raya itu merupakan projek besar daripada pemerintah setempat dan beberapa perusahaan yang dianggarkan bernilai 27.8 juta Renmimbi (RM16.8 juta). Ganti rugi yang diminta gagal mencapai kata sepakat dan akhirnya pihak pemaju tetap membina jalan di sekitar kubur itu. Pembinaan jalan itu dimulakan pada Disember 2013 dan hanya selesai pada Februari lalu. Namun ada sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan lokasi kubur yang diletakkan di tengah-tengah jalan raya itu kerana kubur tersebut bukan milik pahlawan komunis mahupun saintis.
|
9
Bagus |
13
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
18
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
oppol replied at 11-7-2016 12:54 PM
Aduhai..macam ni pun ada.buat bulatan saja kat sana.tak payah bayar itu apek kalau dia tak mau.:zz
mixed replied at 11-7-2016 02:02 PM
dulo kan ada rumah tgh2 highway yg dibina
x nak pindah jugak sb dpt pampasan sikit
ADVERTISEMENT