CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Sham Kamikaze Dikecam Selepas Bicara Soal Agama?

25-7-2013 02:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28946| Komen: 161



KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2013: Melihat cuaca hari ini yang mendung diiringi berita sedih pemergian seniwati filem Melayu klasik, Datin Hajjah Umi Kalthum, Murai Batu cuba bermuhasabah diri dan melihat kembali diri ini yang serba kekurangan dari segi ilmu serta amal dan ibadat kepada yang Maha Esa.



Dalam pada sibuk muhasabah diri tiba-tiba teringat pada seorang pemuzik handalan industri muzik tempatan kita iaitu Sham Kamikaze yang kini sudah menemui sinar cahaya dalam kehidupan. Semenjak dia dilaporkan berhijrah, Sham memang betul-betul bersungguh menjaga tingkah laku walaupun sejenak pernah dilanda kisah kontroversi rumahtangganya pada tahun lalu.


Tetapi bukan pasal itu Murai Batu nak cerita. Kes ini melibatkan reputasi Sham sebagai seorang selebriti dan juga seorang Muslim yang telah diberikan tanggungjawab untuk membicarakan soal agama secara terbuka di stesen televisyen Al-Hijrah baru-baru ini.



Penampilannya dalam sebuah rancangan berunsurkan tazkirah itu telah dikecam hebat oleh umum yang mempunyai pandangan masing-masing apatah lagi berbicara soal agama dan hukum. Sham dikatakan jahil dan tidak layak untuk memberikan dan membincangkan hal sedemikian di dalam rancangan tersebut.


Antara pengisian yang disampaikan oleh Sham Kamikaze namun ditolak oleh ramai pihak adalah apabila tazkirah yang bertajuk 'Hadiah Kepada Si Mati' kelolaan bekas gitaris ini yang telah mengemukakan hujah bahawa amalan membaca Al-Fatihah atau bacaan Al-quran tidak sampai kepada si mati.


Tidak ada nas atau dalil pun yang menceritakan bahawa bacaan Al-quran itu akan sampai pahalanya kepada si mati, jadi janganlah kita membuat kerja yang nabi tidak buat. Persoalan apabila kita mendapat berita kematian apa yang nabi buat? Nabi apabila mendapat berita kematian nabi mendoakan almarhum.


Hujah ini telah menerima pelbagai kritikan pedas daripada umum dan meminta supaya bekas gitaris Kamikaze ini jangan menyampaikan sebarang ajaran tanpa meneliti dahulu secara terperinci. Tapi ada betul juga saranan mereka ini supaya tidak ada percanggahan dan kekeliruan, lagipun bab-bab agama Murai Batu pun tak berani nak komen. Biarlah mereka yang mempunyai ilmu memperkatakannya.


Cuma di pihak Sham Kamikaze pastinya dia akan berjauh hati dan tersentap bila menerima komen sedemikian walhal dia hanya mahu berbakti kepada agamanya serta berkongsi apa yang dia tahu. Sebagai orang yang baru berhijrah, dugaan seperti ini semestinya ada dan diharapkan Sham bersedia dan tidak patah semangat.


Murai Batu ada juga menonton video tersebut, tetapi biarlah mereka yang bijak pandai memberi pandangan. Murai Batu sekadar mahu menyokong Sham Kamikaze yang dilihat bersungguh-sungguh mahu memberikan sumbangannya kepada agama tercinta. Sebagai manusia biasa pasti ada melakukan salah dan silap, betulkan?

Ada juga pihak Murai cuba mendapatkan komen Sham Kamikaze yang seakan jauh hati dan merajuk apabila dikritik sedemikian melalui status Facebooknya yang dikemaskini selepas perkara ini mula diperkatakan namun dia tidak dapat pula dihubungi.
Apa-apa pun Murai Batu ingin berpesan sahaja disini bahawa setiap apa yang kita lakukan semua datang daripada niat. Kalau niat kita suci dan ikhlas pasti akan mendapat balasan yang sama.

Moga-moga Sham Kamikaze kuat melalui dugaan ini dan mungkin boleh tampil menjelaskan situasi yang sebenar. Okay Murai Batu terasa over pula menasihatkan orang bagai. Jom masuk ke dapur, Murai Batu dah nak bersiap untuk masak juadah berbuka dahulu, selamat berbuka semua!


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 25-7-2013 09:51 AM






Quote miawpink 25-7-2013 10:03 AM

Sham Kamikaze
Monday via Mobile
Kepada brothers and sisters semua, nak tanya. Adakah kalau kita kongsi ilmu daripada ulama/ustaz lain bermakna kita mengeluarkan fatwa sendiri? Mohon bantu saya yang jahil.
Quote fairiza 25-7-2013 10:15 AM
sesapa tolong bantu...sy slalu suh husband tanya kat ostaz... tapi dia slalu lupa.... sbb sy pernah dengar...

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

so tolong ye pada sesapa yg bijak pandai huraikan.
Quote watie79 25-7-2013 10:16 AM
sentap ler teww.....euwwwww
Quote dino 25-7-2013 10:29 AM
kena la bljr dulu..... jgn jd ustaz copy paste.... sekian terima kasih
Quote artgeex 25-7-2013 10:32 AM
dino posted on 25-7-2013 10:29 AM
kena la bljr dulu..... jgn jd ustaz copy paste.... sekian terima kasih

pastu kopipes salah, orang tegur, dia melenting
Quote pakwetizzaqyah 25-7-2013 10:35 AM
ada bini lawa cerai....bodoh ponya mat kopiah...
Quote idadzira 25-7-2013 10:37 AM
fairiza posted on 25-7-2013 10:15 AM
sesapa tolong bantu...sy slalu suh husband tanya kat ostaz... tapi dia slalu lupa.... sbb sy pernah  ...

mmg rasulullah pernah bersabda mcm tu,
1. sedekah, amal jariah
2. ilmu yg di ajar kpd org lain dan diamalkan (ilmu yg baik je tau)
3. doa anak yang soleh

yg buat yassin 3 hari 3 malam tu amalan org melayu kita jer. kalau dok panggil org bacakan yassin tapi anak beranak lain dok sibuk kat dapur tak ikut sama baca yassin mmg x kemana la.
Quote ais_kosong 25-7-2013 10:38 AM
retis yang berhijrah ni layak ke bagi ceramah berkenaan agama (maksud aku ilmu dia tu cukup ke)?
kalau nak cerita pengalaman dia berhijrah ok la. tp kalau ceramah agama, kenapa xjemput hat pakar ustaz alim ulama yang
betui2 mendalaminya. Bersepah kot ayat al quran dan hadis kat FB la. Orang la ni semua kopipes ja. Betul or not belakang kira janji share.
Quote dino 25-7-2013 10:38 AM
artgeex posted on 25-7-2013 10:32 AM
pastu kopipes salah, orang tegur, dia melenting

tula... ulama ni klau die bg statement dah ade siap hujah2 die.... bukak bg statement kosong..... sham belum layak nak jd penceramah ke ape... cukup la berkongsi cite hijrah die tu.... itu dah cukup....


Quote beatgirlX 25-7-2013 10:41 AM
bab2 agama ni perlua org yg benar2 berilmu wajar keluarkan kenyataan..
kalau dah gini..semua org kurang paham nanti
Quote miawpink 25-7-2013 10:44 AM
[youtube]_VppRgGKDS0[/youtube]
Quote SANKURIANG 25-7-2013 10:45 AM
idadzira posted on 25-7-2013 10:37 AM
mmg rasulullah pernah bersabda mcm tu,
1. sedekah, amal jariah
2. ilmu yg di ajar kpd org lain  ...

Anak2 duduk di dapur makan kuaci sambil bertanya sapa nak duduk kat rumah yg baru ditinggalkan oleh si mati (of course mak/ayah ler kan). Buat kenduri 3 mlm turut2....bagi org makan...sudahla tuan rumah ditimpa musibbah, lagi tetamu dtg baca yassin dan kena siapkan makan minum diaorg pulak. ernah aku dgr....sambil ahlimasjid membaca yassin, siap dia boleh ckp kat tuan rumah...hr ni lauk kari kmbng ke???Aku punya la meluat.... Aku turut dipulau adik beradik kerana tidak dtg masa mereka buat kenduri arwah mak aku....aku cakapla...kita buat sendiri2 kat rumah lps solat lg afdal...ni anak2 gelak2 kat dapur...org lain lak bacakan doa utk mak ayah kita....kakak aku terus sentap.......
Quote batman_2007 25-7-2013 10:48 AM
SANKURIANG posted on 25-7-2013 10:45 AM
Anak2 duduk di dapur makan kuaci sambil bertanya sapa nak duduk kat rumah yg baru ditinggalkan ole ...

Hat ni setuju bangat
Quote krukx 25-7-2013 10:52 AM
berkenaan amalan sedekahkan Al Fatihah/bacaan ayat2 Al Quran kepada org yg telah meninggal dunia ni ada pendapat yg berbeza2. kena dapatkan penjelasan org yg lagi arif
Quote umie_aziz 25-7-2013 11:03 AM
x taulah dh amalan turun temurun.. sebenarnya memang dr segi agama memang betol.. lg2 mcm aku nie.. da la miskin.. nk kenduri 3 hari 3 mlm.. pastuh aku ternganga x mkn.. duit abis..
Quote ToungeSoup 25-7-2013 11:06 AM
teringat kes 'ustaz' ni isterinya minta cerai.... katanya kena pukul ngan 'ustaz' ni..
Quote romashikin 25-7-2013 11:07 AM
Apa yang Sham Kamikaze cakap tu betul apa, dalam al quran sendiri ada kata kalau kita meninggal dunia tetputus semua yang ada kecuali 3 iaitu sedekah jariah, ilmu yang kita berikan pada orang dan doa anak yang soleh.
Quote mizkajura 25-7-2013 11:09 AM
pakwetizzaqyah posted on 25-7-2013 10:35 AM
ada bini lawa cerai....bodoh ponya mat kopiah...

tak mantop tu yg kena lepas...

Lihat semua komen(161)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.055804 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top