Oleh : Dean BZ Jangan ingat lelaki je ada misai, perempuan pun kadang-kadang ada yang mempunyai bulu halus yang lebat disekitar atas bibir. Mungkin kerana faktor keturunan atau genetik.
Sudah tentu kehadiran bulu-bulu halus ditempat yang sangat ketara dapat dilihat oleh orang ramai membuatkan perempuan hilang keyakinan dan malu. Jika anda merupakan salah seorang dari perempuan yang mempunyai "keistimewaan" ini, usah risau seandainya anda tidak gemar dengan bulu-bulu itu, bolehlah ikuti cara-cara dibawah ini untuk membuang bulu. Dipercayai pertumbuhan semula bulu-bulu halus akan lebih lambat selepas menggunakan cara ini. Atau lebih bertuah, bulu-bulu tersebut tidak akan pernah muncul lagi selepas menggunakan cara dibawah.
#1 Serbuk Kunyit Campurkan dua camca teh serbuk kunyit bersama dua camca teh susu segar. Gaul sebati sehingga menjadi pes, lalu sapukan terus ke bahagian atas bibir yang berbulu itu. Setelah kering, bilas dengan air bersih. Harus diingatkan, kunyit bakal meninggalkan warna pada kulit anda, jadi cubalah pada bahagian kulit yang lain sebelum anda meletakkanya pada bahagian kulit atas bibir. #2 Tepung Kosong Konsepnya sama seperti serbuk kunyit tadi. Anda perlu membuat pes menggunakan tepung biasa bersama susu. Jika mahu, anda boleh tambahkan serbuk kunyit. Urut bancuhan di kawasan atas bibir. Biarkan ia kering. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering di kawasan tersebut. #3 Gula + Lemon Fungsinya sama dengan proses pengelupasan. Bahkan cara ini dapat bantu mencerah kulit serta melembutkan rambut-rambut halus berkenaan agar ianya mudah gugur. Anda perlu hangatkan gula di dalam kuali, setelah itu tambahkan pula jus lemon untuk menghasilkan cecair yang likat. Sapukan campuran di kawasan atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain yang bersih. Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu dari akarnya). #4 Putih Telur Penulis pasti, di rumah anda mesti ada telur ayam lebih. Ini cara senang untuk anda buang ‘misai’ secara ringkas. Campurkan tepung jagung dan gula bersama putih telur untuk dijadikan pes. Sapukan pes tersebut di kawasan yang terlibat. Biarkan ia selama 30 minit sebelum anda mengupas dan menariknya. #5 Topeng Pengelupasan Gelatin Mask ini bukan sahaja berkesan untuk menarik keluar semua rambut-rambut halus yang ada di bahagian atas bibir malah diserata tubuh anda tahu? Campurkan serbuk gelatin yang boleh anda beli dari mana-mana kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek mahupun di pasaraya bersama susu dan beberapa titis jus lemon. Hangatkan ia sebentar di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave). Sapukan pes di bahagian yang berbulu. Tunggu selama 5 minit sebelum anda mengupas ia seperti “peel of mask”. Cuci dengan air suam untuk bersihkan sisa gelatin yang tertinggal. #6 Skrub Madu & Aprikot Proses pengelupasan ini dapat menghakis sel kulit mati yang tersisa pada permukaan kulit di samping membuatkan kulit anda halus dan mulus. Namun, sedikit sebanyak ia juga dapat bantu menghilangkan bulu-bulu halus. Campurkan buah aprikot kering bersama madu. Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15 minit. Dengan lembut, skrub keseluruhan wajah dengan gerakan membulat terutamanya di tempat yang berbulu. Bilas dengan air suam. Siap! #7 Minyak Tea Tree & Lavender Campurkan beberapa titis minyak pati Lavender bersama beberapa lagi titis minyak Tea Tree. Sapukan campuran minyak di tempat yang berkenaan menggunakan bebola kapas sebanyak 3 kali sehari. Dalam beberapa bulan Insha Allah, anda bakal mendapat hasil yang anda idamkan. Semakin lama, bulu-bulu halus itu semakin berkurang dan hilang (gugur dengan sendirinya). Terdapat 7 cara yang anda boleh pilih sebelum hari raya nanti. Jom tampil cantik dan lebih yakin tanpa misai. Selamat mencuba! - CARI Sumber: Wanista |
8
Bagus |
1
Marah |
10
Terkejut |
3
Sedih |
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
iloveyou replied at 12-7-2016 03:12 PM
i guna wax strips je .. ada jual kt watsons/guardian .. x suka threading, seksa tgk, i prefer wax ut ...
fofuler replied at 14-7-2016 04:53 PM
Normally kalau pegi benefit brow bar tu berapa rate dia? Macam mahal je. Aku selalu thread eyebrow ...
iloveyou replied at 14-7-2016 05:31 PM
mahal .. i prefer wax eyebrow kt situ, coz x jumpa lg yg provide service tu, lagipun i suka staff ...
fofuler replied at 14-7-2016 05:44 PM
Oo okay nak try lah someday, kumpul duit dulu. Thanks
iloveyou replied at 15-7-2016 08:48 AM
wax eyebrow dlm RM50++ i xpenah wax eyebrow saja, selalu skali dgn upper lip, total RM75 kot. i x ...
fofuler replied at 15-7-2016 09:00 AM
Oh my mahalnya. 5 kali ganda dari apa yang aku bayar sekarang. Selalu buat kat brow bar mana?
iloveyou replied at 15-7-2016 09:54 AM
bubblegumwax (yg i ada attach link kt atas tu) murahhh, upper lips RM9
so ingt nk cuba kt situ si ...
iloveyou replied at 12-7-2016 03:12 PM
i guna wax strips je .. ada jual kt watsons/guardian .. x suka threading, seksa tgk, i prefer wax ut ...
ADVERTISEMENT