oleh Adib Za Dikatakan sebagai kanak-kanak paling gemuk di dunia, anda mungkin terkejut bila mengetahui sosok tubuh sebesar ini hanyalah berusia 10 tahun.
Ya, kanak-kanak dari Jawa Barat, Indonesia ini memiliki berat 192 kg telah mendapat perhatian dunia kerana beratnya yang sangat berlebihan. Arya Permana terpaksa duduk sahaja di rumah dan tidak bersekolah kerana tidak mampu berjalan jauh kerana berat badannya. Ibunya, Rokayah berkata anaknya itu sentiasa dalam keadaan yang kelaparan dan mahu makan sahaja! "Dia selalu berasa letih dan nafasnya sangat pendek. Aktiviti hariannya ialah makan dan tidur, selain berendam dalam kolam selama berjam-jam," ujar ibunya Rokayah memetik laman Merdeka.com. Dari segi pemakanan, porsi atau kuantiti yang diambil memang banyak. Dalam satu porsi ia mengandungi nasi, ikan, daging, sup sayuran dan tempe goreng serta diambil 5 kali setiap hari.
Ibu bapanya sangat bimbang dengan situasi ini dan Arya sudah dibawa menemui pakar beberapa kali. Buat masa ini Arya diberi makan beras perang sebagai diet harian. - CARI Sumber: Merdeka.com |
22
Bagus |
21
Marah |
16
Terkejut |
14
Sedih |
18
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 4-7-2016 02:41 PM
Terlalu sayangkan anak bagi makan sentiasa akhirnya membahayakan diri anak tu sendiri
ADVERTISEMENT