CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wanita Ini Dihalau Daripada Jet Peribadi Setelah Didapati Menipu Teman Lelaki

1-7-2016 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11157| Komen: 48

Oleh Izzah Abbasy

Private Jet Gold Digger Prank! Sadis bunyinya. Coby Persin merupakan seorang bintang Youtube terkenal dan seringkali memuat naik video yang mempersendakan orang di sekeliling.

Terbaru, Persin cuba mengajak seorang wanita yang tidak dikenali menaiki jet peribadinya untuk menguji samada wanita itu mata duitan ataupun tidak.

Pada awal perbualan, wanita yang dikenali sebagai Lauren tidak mengendahkan Persin dengan memberitahu dia sudah mempunyai kekasih, namun setelah mendapat tahu lelaki itu mempunyai jet peribadi, Lauren terus berubah karakter dan sanggup menipu teman lelaki sendiri semata-mata ingin bersama Persin untuk menaiki jet tersebut.

Ketika di dalam jet, Lauren menelefon teman lelakinya dan mendakwa dirinya tidak sihat dan tidak dapat bertemu seperti yang dijanjikan.

Persin yang mendengar perbualan itu meminta Lauren turun dari jet dan meminta Lauren untuk mengambil gambarnya melambai di tingkap pesawat. Apa yang mengejutkan, Persin kemudiannya berkata "Saya tak suka wanita mata duitan, halau dia dari sini, saya tak kenal dia"

Lauren kelihatan terpinga-pinga dan terus keluar dari pesawat itu dengan diiringi oleh dua orang kakitangan di situ.

Persin memuat naik video tersebut dan mendapat jumlah tontonan lebih 1.7 juta. Namun, netizen turut mengecam tindakan wanita itu yang dengan mudahnya mengikut tiga lelaki yang tidak dikenalinya hanya kerana ingin menaiki jet. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti dirogol, diculik dan sebagainya. - CARI Infonet

















2

Bagus
1

Marah
4

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minah_kidal 1-7-2016 12:44 PM
berani gile! kot kena jual tak ke naya?
Quote miznora 1-7-2016 12:59 PM
Kesian minah tu
Quote JENABREJAM89 1-7-2016 01:03 PM
Hahaha....xpepasal kene halau......
Quote mzzenma 1-7-2016 01:08 PM
Sekali sekala nak merasa naik private jet
Kesian bf beliau
Quote barfi 1-7-2016 01:08 PM
Honestly, laki tu kejam la..

Dia sapa minah yg baru kuor dari train. Nampak pun minah tu macam pprt nya kokosen. So bila dioffer nak naik jet, mmg teruja la pmpn pprt tu.

Bodoh la laki ni. Suka betul memalukan kaum wanita. Muka pun ala2 arab paki jek. Ada hati nak kantoikan pmpn.
Quote esbok 1-7-2016 02:17 PM
barfi replied at 1-7-2016 01:08 PM
Honestly, laki tu kejam la..

Dia sapa minah yg baru kuor dari train. Nampak pun minah tu macam pp ...

kalau ko surf youtube, berlambak lagi video diaorg prank gold digger.
yang aku surprise, berani nya gold2 digger ni ikut. kau tak takut pulak kene jual ke, kene kerat ke.
Quote barfi 1-7-2016 02:18 PM
esbok replied at 1-7-2016 02:17 PM
kalau ko surf youtube, berlambak lagi video diaorg prank gold digger.
yang aku surprise, berani n ...

Ya aku ada tengok youtube pasal prank2 ni.. diorang suka make fun of others. Aku tak setuju cara diorang. Takde common sense lansung.
Quote mbhcsf 1-7-2016 02:23 PM
Teringat dialogue between Sabrina Fairchild and Linus Larrabi . Any self respected lady won't...
Quote mesmerize 1-7-2016 02:23 PM
dengar perkataan jet terus gedik cikki tu

Quote insulin 1-7-2016 02:34 PM
Selayaknyalah. Mujur kena prank je. Kalo kena culik????
Quote dani-rox 1-7-2016 02:57 PM
Jujurin kalau ai, terliur jua hati ni kalo dengar prebet jet... Tapi turn off jah tengok muka Coby tu, muka mcm serial molester. Dan terpikir gak, takkan semudah tu org kaya kutip mana2 minah kat tepi jalan dan bawak jenjalan naik jet. Harus ada syak wasangka wahai Lauren. Takut di kidnap sindiket pelacuran ka organ ka. Satu lg kesian boipren ko.

Ai suka tengok bideo prank clown ganas baideway
Quote mayakaren 1-7-2016 03:01 PM
Kurang ajar betul laki ni
Quote DayangKirana 1-7-2016 03:05 PM
bukan dah kantoi ke coby ni buat fake vids..
Quote axl_bach 1-7-2016 03:05 PM
mayakaren replied at 1-7-2016 03:01 PM
Kurang ajar betul laki ni

Lelaki bangsat yg bernasib baik sbb kaya,  pastu cari fame dgn cara malukan org...... babi sungguh manusia camnih......
Quote namirulmukminin 1-7-2016 03:32 PM
barfi replied at 1-7-2016 01:08 PM
Honestly, laki tu kejam la..

Dia sapa minah yg baru kuor dari train. Nampak pun minah tu macam pp ...

Pompuan gatai mata duitan memang patut dimalukan pon.. Muhahahaha..
Quote axl_bach 1-7-2016 03:35 PM
DayangKirana replied at 1-7-2016 03:05 PM
bukan dah kantoi ke coby ni buat fake vids..

Dia wat video fake ke??  
Quote trisnalovezul 1-7-2016 03:55 PM
kasian wanita itu...kenapa laki ini suka tipu ya?
Quote catalina 1-7-2016 04:06 PM
Edited by catalina at 1-7-2016 04:07 PM

Trylah buat prank kat mesia ni

Silap2 aribulan ko kena tembak kat trafic light
Quote Super-M 1-7-2016 04:11 PM
Coby ni ok je bg aku..banyak video dia prank.kali ni prank yg mcmni.ada prank bersepakat dgn parents untuk tengok sejauh mana anak berani dgn strangers.time tu tak pula kita ckp teruk.

Prank golddigger ni mmg banyak org buat.ada yg kena usha dgn mamat naik lambo masa jln dgn bf,sggup tolak bf.ada ramai je perempuan yg tolak ajakan lelaki kaya dlm prank ni,knp nk kesiankan yg jenis gini yg mata duitan?.mmg bagus tahu awal2 dgn jenis apa bf/gf kita.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.045263 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top