Oleh Izzah Abbasy
Durian boleh dibakar? Ingat jagung sahaja yang boleh dibakar. Pasti ramai yang belum tahu mengenai durian bakar ini. Sebelum nak cerita mengenai durian bakar, penulis nak berceloteh sedikit mengenai durian. Buat anda yang tidak menggemari durian, anda sangat rugi. Banyak-banyak buah, durian adalah buah yang ditunggu-tunggu dan paling wajib dimakan apabila tiba musim raja buah. Betul tak? Selain makan begitu sahaja, isi durian boleh dibuat sebagai tempoyak, cendol, manisan dan sebagainya. Pasti semua dah biasa makan kan? Namun, sejak kebelakangan ini, ia jadi viral di laman media sosial mengenai durian bakar ini. Wah, pasti teruja nak tahu. Menerusi gambar dan info, durian tersebut dibakar sekali dengan kulit sebelum isi dalamnya dimakan. Orang ramai menyatakan rasa durian bakar ini tidak sama seperti durian biasa yang kita makan. Ramai yang tertanya-tanya, apa kelainannnya? Menurut penggemar buah durian, mereka menyifatkan isi durian akan jadi lebih lembut, lebih manis dan berlemak. Kalau tak percaya, boleh cuba sendiri. Fuh, menarik kan? Memang wajib cuba. - CARI Infonet
|
13
Bagus |
25
Marah |
27
Terkejut |
28
Sedih |
20
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chicsee replied at 30-6-2016 01:08 PM
Kat Indonesia dah lama ada durian bakar ni
Andyscenes replied at 30-6-2016 10:20 PM
masa kecik aku suke buat eksperimen camni, x sngke da jd tren haha
babynina30 replied at 11-7-2016 09:59 AM
Kot dulu buatmsti org kutuk kan. Skrg viral uolssss
ADVERTISEMENT