CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Rugilah Kalau Bawak Anak. Nanti Tak Boleh Makan Puas-Puas"

29-6-2016 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 17162| Komen: 100

oleh Adib Za



"Rugilah kalau bawak anak. Nanti tak boleh makan puas-puas. Dahlah buffet ni mahal. Ni dah kali ketiga aku berbuka kat luar. Suami aku yang ajak. Aku ikot jelah."

Itu adalah jawapan seseorang tatkala ditanya oleh rakannya ketika pertemuan di sebuah buffet Ramadan.

Anda terkejut? Atau ia sebenarnya jadi budaya masyarakat kini, terutama ibu bapa moden yang sering menganggap anak sebagai beban?

Yang menjadi mangsa adalah anak-anak itu sendiri dan juga pengasuhnya. Lebih teruk yang mengasuh anak itu ialah ibu bapa kita sendiri. Bermakna kita sengaja membiarkan ibu bapa kita menjaga anak-anak, sementara kita berada di luar sedang berseronok. 

Menurut netizen ini, dia berasa geram bila mendapat tahu rakan yang ditemui ini menganggap anak hanya menganggu sesi berbuka puasa. Bukankah berbuka puasa sekeluarga itu lebih indah dan manis?


Apakah salah anak sehingga dianggap sebagai beban dan menyusahkan aktiviti di luar? Baca luahan netizen ini.


Gambar hiasan. Sumber foto: Budakletrik.blogspot.com




Ya Allah. Bila aku dengar je dia cakap macam tu aku dah mula geram. Tergamak seorang ibu cakap macam tu dekat anak-anak dia. Seolah-olah anak-anak dia menjadi beban kat dia. 

Boleh pulak kau makan puas-puas dan kau tinggalkan anak-anak kau dekat mak kau suruh jaga. Kau nak makan sampai perut kau pecah ke apa sampai kau kata rugi kalau bawak anak kau makan sekali?

Anak-anak aku pun lebih kurang sebaya je dengan anak-anak kau tapi aku boleh je bawak anak-anak aku pergi makan sekali. Memang umur budak-budak macam ni agak nakal. Memang susah sikit nak kawal kalau makan dekat luar tapi aku tak sanggup tinggalkan anak-anak aku suruh orang lain jaga walaupun hantar dekat mak aku sendiri.

Anak kau kan, kau kenalah pandai handle. Dah lah memang mak kau yang jaga anak-anak kau bila kau kerja. Lepas tu kau boleh pulak berbuka kat luar. 

Kesian mak kau seharian jaga anak-anak kau. Mesti mak kau tu keletihan. Tambah-tambah time bulan puasa ni. Bukan kau nak bawak mak ayah kau berbuka dengan kau sekali. Ni kau boleh buka berdua je laki bini.

Aku memang pantang kalau orang tinggalkan anak-anak dekat mak sendiri atau pengasuh disebabkan untuk kepentingan diri sendiri. Kalau kau tinggalkan anak-anak kau untuk bekerja itu lain cerita. Kita bekerja pun sebab nak menyara keluarga. 

Itu memang tanggunjawab kita. Memang kau letih seharian bekerja tapi kau lebih bertanggungjawab untuk jaga anak-anak kau bila habis waktu bekerja. Itu satu kewajipan. Bukan main lepas tangan je. Kalau anak-anak kau tak boleh bawak makan kat luar kau tak payah buka kat luar. Buka je kat rumah.

Jangan anggap anak-anak kita sebagai beban kepada kita. Anak-anak lah pembawa rezeki yang paling besar sebenarnya. Hargailah anak-anak kita sementara mereka masih ada disisi. Kalau lah suatu hari nanti Allah ambik nyawa anak kita, menyesal tak sudah kita dibuatnya. Jadi, jagalah anak-anak kita sebaik-baiknya. Anak-anak ini adalah amanah dari Allah. 

Anak-anak adalah anugerah yang terindah untuk kita. Hargailah mereka sementara mereka masih ada. - CARI 
7

Bagus
16

Marah
17

Terkejut
6

Sedih
14

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote watie_na 29-6-2016 05:39 PM
aku suka bawa anak2 aku. heheheh.. senang. dia org suka ambil makanan dan air. aku duduk je. tumpang2 anak2 punya makanan.
Quote mak_wa95 29-6-2016 06:12 PM
nanti anak2 akan menganggap ibu/ayah sebagai beban juga
Quote noraidil_06 29-6-2016 10:10 PM
watie_na replied at 29-6-2016 05:39 PM
aku suka bawa anak2 aku. heheheh.. senang. dia org suka ambil makanan dan air. aku duduk je. tumpang ...

I pun suke bw ank2.tp ms kecik 2-3 thn ade seksa skit la.my 1st son pernah pecahkan pasu kt hotel & tumpahkan mknn. Malu ok. Hrp2 ank2 i x ganggu org lain.now dh besar, senang dh
Quote felinecat 29-6-2016 10:36 PM
omputeh biase je buat mcm tu. tinggal anak kt babysitter, pastu keluar berdating dgn laki, xbleh ke ..status mcm dengki, itu namenye quality time...oh lupe, org melayu xbleh buat mcm tu
Quote Artemesiaa 29-6-2016 10:45 PM
Ni lah reality kebanyakan ibu bapa zaman sekarang semuanya diserahkan kepada pengasuh demi kesenangan mereka.  Walaupun yang menjaga anak2 mereka itu ibu mereka sendiri ibunya tu pun pastinya nak juga berehat selepas masuknya waktu maghrib.  Nak2 bulan2 posa ni pastinya mahu mengejar buat ibadat sebanyak mungkin.  Kalau dok kena jaga cucu je bila le masa nya dia akan berpeluang ada masa untuk dirinya sendiri.  Betul kadang2 ibu tak akan mengeluh sebab dah itu cucunya tapi sebagai anak tak spatutnya memperlakukan beliau sebegitu.  Sepayah mana pun anak itu tetap anak sendiri jadi dah semestinya tanggungjawab sendiri untuk menjaganya bukan melepaskan tugas itu kepada orang lain dengan memberi alasan kerana kerja etc.
Quote Usa.Gi 29-6-2016 11:19 PM
Artemesiaa replied at 29-6-2016 10:45 PM
Ni lah reality kebanyakan ibu bapa zaman sekarang semuanya diserahkan kepada pengasuh demi kesenanga ...

Pernah sy bawak anak ke public pool. Ada sorang makcik ni dok bebel kat sy anak dia suh makcik ni layan cucu dia nak mandi pool tu. Anak dia ntah kemana. Sy layan je lah. Kesian kejap dok jelujur kaki, kejap bersila.
Quote ~boolean 30-6-2016 01:27 AM
Aku rimas tengok parents yang usung anak ke pasar ramadan, ke restoran mewah atau tempat2 sesak... ada juga di wedding terang2 dalam kad tulis bawa pasangan aja tapi ada juga bahalol bawa  anak2..

Memang anak2 tu tanggungjawab...tapi kalau kau usung tapi tak jaga pun tak guna juga..anak kau biar ganggu customer lain atau meraung tak henti2..

Aku tiada masalah dengan parents yang tinggalkan anak untuk hal2 tertentu..asalkan anak tu ada pengawasan...
Penulis ni pun kalau tak puas hati luah aja la kat kawan dia tu...setakat tulis di fb buat apa..pengecut
Quote matchstick 30-6-2016 01:49 AM
yg akak ni sentap sgt kenapa..ikut suka dia lah anak dia. bukan dia dera budak tu pun.
bajet good2 aje akak ni. x baik ngumpat member bulan2 pose ni kak..
Quote ejans 30-6-2016 02:28 AM
Setiap org lain2 mentaliti diorang...
Kdg2 ada tpt boleh bawa anak ada tot kena tinggal...
Kalau anak ko tu mmg nakal kus semangat x boleh gi tpt2 mcm tu.. baik tinggalkan jekang dia buat hal depan org ramai ada lagi virall masuk fesbuk kata mak pak x reti jaga anak...  kalau anak jenis sooan santun boleh je lah bawa... kdg2 budak ni bosan tgk mak pak dia makan... x kan nak duduk je kan..nama pon budak2...

Tp kwn dia ni pon satu, dok bebel citer kt penulis fb ni apesall.. xkan dia tatau kwn dia ni mulot jahat.... kalo aku.aku ckp je lah nenek dia nak main dgn cucu ... pastubual benda lain lerr...
Anak aku so far sopan santun... senang bawa kemana mana....
Quote bolamata 30-6-2016 07:38 AM
kadang-kadang kita perlu quality time dengan pasangan.. sebulan sekali aku mesti dating berdua sahaja dengan pasangan..anak2 tinggal taska lps maghrib aku amik..biasanya kalo nak dating ni aku amik cuti sehari..hari minggu hari utk anak2 pulak..jadi xsalah kalo nak enjoy quality time dengan pasangan
Quote kentel 30-6-2016 08:10 AM
amboi wartawan taknak tutup ke nama fb tu...jpgi kena serang dia
Quote AMDTurion 30-6-2016 08:41 AM
ekceli. mgkin ade sbb juga ade ibu bapa yg x bawak anak2 pergi mkn2 seperti cerita kat atas tu.

mgkin anaknya terlalu buas dan lasak. of coz lah kena anak jaga anak tu betul2 bila pulak masanya nak menikmati makanan yg tersedia.

kalo anak2 yg bagus dan reti bawak diri kalo kat tempat mcm tu xde masalah. depend pd budak tu juga.
Quote Mary_jane 30-6-2016 08:53 AM
Kawan dia maksudkan tu takde fb ke? Nak juga tengok kesinambungan sketsa ni.
Quote cammie1711 30-6-2016 09:18 AM
kecoh la kau penulis. kang dia bawak anak dia yg buas tu ko jugak yg terjuih2 cakap dia tak reti jaga anak. tau nak cari salah orang je.

Quote krustykrab 30-6-2016 09:21 AM
aku pulak kalau pi hotel, aku suruh je laki akau bawak anak aku makan buffet sbb dia makan byk, aku makan sikit rugi bawak aku
Quote mdhelmi 30-6-2016 09:43 AM
mak kata : rugi bawa anak
anak kata : rugi dapat mak camtu
Quote cocorex 30-6-2016 09:54 AM
Minah tu komplen sbb kwn dia tu tinggalkan anak kt mak dia..jgn la buat mak sendiri mcm org gaji..lenkali kalo nk tinggalkan anak tu letak la kt taska @ babysitter yg bukan mak kita
Quote -electrifying- 30-6-2016 09:56 AM
aku benci org yg bwk anak, tp xtaw nk jaga. haramjadah
Quote azimodin 30-6-2016 10:05 AM
noraidil_06 replied at 29-6-2016 02:10 PM
I pun suke bw ank2.tp ms kecik 2-3 thn ade seksa skit la.my 1st son pernah pecahkan pasu kt hotel  ...

I pon kehulu hilir kena bawak anak sebab suami xde. Baru ni pi buffet ramadhan. Dia xde la menangis or berlari2. Cuma bila dah nampak makanan berderet depan mata, dia dok repeat "nak sikit.. Nak sikit". Last2 i ambik jugak la seketul kuih.. Tu pon dijeling2 oleh acik2

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.061344 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top