Oleh Izzah Abbasy
Yuna, penyanyi tempatan yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat menambah satu lagi koleksi pengiktirafan apabila album terbaharunya, 'Chapters' diiktiraf antara album R&B terbaik setakat tahun ini. Pengikitrafan itu diberikan oleh pengarang majalah hiburan antarabangsa, Rolling Stones, Mosi Reeves menerusi artikel 'Best R&B Albums of 2016 So Far'. Dalam ulasan yang diberikan, Rolling Stones menyifatkan album itu berjaya memaparkan Yuna sebagai artis yang memiliki bakat penulisan lirik yang luar biasa. Yuna katanya, hanya memerlukan satu atau dua lagu popular dalam aliran mainstream, untuk membolehkan dia mencipta nama yang lebih kukuh dalam kalangan peminat muzik. Yuna, melalui akaun Instagramnya, meluahkan rasa terharu dan penghargaannya atas pengiktirafan itu. Senarai 20 yang terbaik itu didahului oleh album Lemonade oleh Beyonce, selain turut menyenaraikan beberapa penyanyi seperti Rihanna, Robert Glasper dan Eric Belinger. Rolling Stone merupakan antara majalah hiburan dan pop culture paling popular, dan diterbitkan bukan sahaja di Amerika Syarikat, tetapi juga di sekurang-kurangnya 20 buah negara. - CARI Infonet
Info : BH Online |
9
Bagus |
20
Marah |
11
Terkejut |
19
Sedih |
15
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
SenahMontanah replied at 26-6-2016 10:42 AM
Jap lg penuh la thread ni ngn post fans yuna meratib hiba about yuna kene kutuk ngan acik2 forum
miu84 replied at 26-6-2016 03:09 PM
Mana nak beli album yuna chapters nih? Kedai musik udah ada ka? Meols nak beri support pada homegirl ...
Changa replied at 26-6-2016 03:42 PM
beli jah kat itunes.. akak beli jah walaupun hanay dengar sekali jah album sheols..
sebab kebetul ...
ADVERTISEMENT