Oleh Izzah Abbasy
Tiba sahaja bulan Syawal, kuih yang dihidangkan pasti ada yang moden namun kuih tradisional pasti tidak akan dilupakan. Kuih tradisional seperti Kuih Siput ini bukanlah susah untuk dibuat tetapi ia antara malas dengan rajin sahaja kan? Ramai yang lebih suka membelinya daripada membuat sendiri. Jika anda malas nak 'menyiput', anda gunting pun boleh. Tapi, kuih tersebut akan dipanggil Kuih Gunting bukan lagi Kuih Siput. Bagaimana nak dapatkan dan buat Kuih Siput yang rangup? Jom, cuba resepi yang telah dikongsikan oleh fieza.net ini. - CARI Infonet Bahan-bahan
1 Kg Tepung Gandum 250g Majerin dicairkan & sejukkan seketika 3/4 Cawan Udang Kering (dicuci & goreng tanpa minyak) 1 Sudu Jintan Manis 1 Sudu Jintan Putih 4 Ulas Bawang Putih 1 Biji Telur 1/2 Cawan Santan (Jika guna santan kotak, gunakan separuh kotak sahaja) 2 Sudu Rempah Kari Daging/Ayam 2 Sudu Serbuk Cili 1 Sudu Serbuk Ketumbar (boleh jugak pakai yang biji tapi kisar sekali dengan bahan kisar) Air (dibancuh bersama garam secukup rasa) Beberapa tangkai daun kari Cara-cara penyediaan 1. Kisar udang kering, jintan, bawang (kisar sederhana halus) 2. Ayak tepung ke dalam bekas, simpan sedikit dalam separuh secawan tepung untuk tambahan dan untuk guna masa buat siput nanti. 3. Tambahkan rempah, serbuk cili dan serbuk ketumbar. Gaul sebati. 4. Tambah bahan kisar dan gaul lagi. 5. Masukkan mentega dan gaul. Kemudian masukkan santan yang telah dibancuhkan bersama garam. 6. Mulalah menguli sampai doh menjadi lembut. Tambah air atau tepung jika perlu. 7. Cara menyiput rujuk gambar di bawah. Ambil secubit doh kemudian letak pada acuan kuih siput ini. Guna ibu jari dan pusing secara bulatan (separuh bulatan). Untuk melancarkan pembentukan, celup jari dalam tepung dan tabur tepung pada acuan supaya ia tak melekat. 8. Dulang pun perlu ditaburkan tepung agar kuih siput tidak melekat dengan dulang dan juga antara satu sama lain. 9. Selesai menyiput, bolehlah mula menggoreng. Jangan risau ada yang melekat-lekat, dalam kuali nanti ia akan bercerai bila di kacau-kacau. Gunakan api yang sederhana dan masak sehingga garing. 10. Jangan lupa taburkan bersama daun kari dan biarkan daun kari garing bersama kemudian sejukkan serta boleh disimpan bersama daun kari sekali. Kuih Siput siap untuk dihidang dan makan! Selamat mencuba.
|
28
Bagus |
20
Marah |
27
Terkejut |
21
Sedih |
23
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bellaa replied at 28-6-2016 10:37 AM
@intan_smsb @spankee_fili jum jum terai buat
bellaa replied at 28-6-2016 10:37 AM
@intan_smsb @spankee_fili jum jum terai buat
spankee_fili replied at 28-6-2016 12:03 PM
letih nak men@kentel eh eh menggentel sebijik2 kuih siput tu dek bell...
punyala seksa nak dapat ...
kentel replied at 28-6-2016 12:08 PM
spanki ajak kentel dtg beraya kat umah ke ni? jom @bellaa
spankee_fili replied at 28-6-2016 12:03 PM
letih nak men@kentel eh eh menggentel sebijik2 kuih siput tu dek bell...
punyala seksa nak dapat ...
bellaa replied at 28-6-2016 03:09 PM
mmg susah yeee. ingatkan ada mesin buatkan kuih siput ni
xpe. nnt kite berjemaah p beraya umah ...
bellaa replied at 28-6-2016 03:09 PM
mmg susah yeee. ingatkan ada mesin buatkan kuih siput ni
xpe. nnt kite berjemaah p beraya umah ...
doublethread replied at 28-6-2016 08:59 PM
Kuih siput kalau betul resepi dia memang sedap dan ketagih. Tapi nak buatnya ya Allah makan hati. Na ...
ADVERTISEMENT