Oleh Izzah Abbasy
Pelakon popular ABPBH, Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin menjadi duta dan telah berkolaborasi bersama Butik terkenal Elle Zada untuk pakaian hari raya. Pelbagai cara permasaran telah dilakukan bagi melariskan jualan perniagaan baju raya tersebut. Akhirnya mendapat sambutan hangat oleh rakyat Malaysia terutama peminat Shaheizy dan Syatilla. Tetapi baru-baru ini, laman Facebook Butik Elle Zada telah mendapat perhatian apabila didapati baju raya yang dijual oleh mereka tidak dapat disiapkan sehingga sekarang. Agen dan pembeli pakaian raya tersebut telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila janji untuk menyiapkan pada tempoh yang ditetapkan tidak dapat ditunaikan. Malah pembeli yang telah membuat pra-tempahan pada bulan Februari masih belum diterima sehingga sekarang. Lebih malang, laman Instagram milik pasangan selebriti ini dikomen buruk oleh pelanggan dan menyalahkan Sam dan Syatilla dalam hal ini. Namun, pihak Elle Zada berharap agar pelanggan tidak menyalahkan Sam dan Syatilla serta pihak mereka kerana ia masalah daripada pembekal. Berikut adalah antara komen-komen yang diluahkan oleh para pembeli. Nampaknya keadaan semakin tidak terkawal. Mohon pihak Butik Elle Zada, Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin tampil ke hadapan untuk selesaikan masalah ini. Bulan Ramadhan hanya berbaki seminggu dan pastinya pembeli-pembeli ingin mendapatkan kata putus berkaitan isu ini. - CARI Infonet Pihak KPDNKK dan polis telahpun serbu ke butik ini selepas mendapat laporan ditipu.
|
33
Bagus |
18
Marah |
17
Terkejut |
25
Sedih |
23
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aya_azmi replied at 26-6-2016 03:31 AM
ada yang share video dkt FB, tapi dah kena delete rasanya sebab tak jumpe dah............
ada age ...
juliez replied at 26-6-2016 04:10 AM
Dlm thread blogger ada video
apedehal replied at 26-6-2016 04:21 AM
blog blogger yg mana?nak tengok
juliez replied at 26-6-2016 04:47 AM
Macam2 citer keluar pasal owner ellezada ni. Kwn sendiri pun dia tipu 150k
ejans replied at 26-6-2016 04:53 AM
Siapa owner elle zada ni?
juliez replied at 26-6-2016 04:57 AM
Elliyin rasif & lakinya zada khan
sukacactus replied at 26-6-2016 05:36 AM
Kesiannya lah hai
Staff butik tu mesti kena sembur mcm2, tuan seronok kira duit
Mcm2 cara bak tipu ...
sukacactus replied at 26-6-2016 05:36 AM
Kesiannya lah hai
Staff butik tu mesti kena sembur mcm2, tuan seronok kira duit
Mcm2 cara bak tipu ...
aya_azmi replied at 26-6-2016 05:50 AM
dorg buat collabration dgn sam tilla.. ada keuntungan masing2 la kot, xsure. tp dlm hal ni bleh ...
ADVERTISEMENT