CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tidak siap kerja sekolah , anak di rotan bapa buat laporan polis!

24-7-2013 10:19 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 85147| Komen: 356


BUTTERWORTH - Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
           
Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.
           
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.
           
Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
           
Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung," katanya.

        
Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.
           
Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah," katanya.
           
Katanya dia membuat laporan polis semalam.
           
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
           
        "Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hzln 23-7-2013 09:39 PM
patutnya ko marah anak ko awat tak buat keja skolah...adusss...bapak jaman milennium...
Quote NURMIMIE 23-7-2013 09:40 PM
Quote Anak_Nogori 23-7-2013 09:42 PM
kalau saya guru...buat apa nak marah2 bila anak murid tak buat kerja sekolah..biarkan jelah dia bodoh...bukan anak kamu pun..ni sekarang tengok...kan tak pasal2 kena repot polis...
Quote FlowerGirl 23-7-2013 09:45 PM
NURMIMIE posted on 23-7-2013 09:40 PM

sape ckp cikgu tak boleh ajar pelbagai subjek?

ajar dengan belajar adalah 2 benda yg berbeza..
nak mengajar mmg la kena ada kemahiran subjek itu....
nak belajar, tak perlu.tadah aje telinga, buka hati dan fikiran
Quote skymania 23-7-2013 09:46 PM
jadahnyer neh? layaklah anak kau kene rotan..

mujur tak kene lari padang ngan baju kurung 10 pusingan..

aku dolo... 1 subjek failed = 2 rotan... ada 5 subjek failed.. semput nak tahan 10 rotan..
Quote FlowerGirl 23-7-2013 09:49 PM
Anak_Nogori posted on 23-7-2013 09:42 PM
kalau saya guru...buat apa nak marah2 bila anak murid tak buat kerja sekolah..biarkan jelah dia bodo ...

mana boleh cenggitu.....sekarang ni setiap semester cikgu2 kena submit buku latihan kat org atasan utk di semak.
kalau buku latihan budak kosong,tak di buat...yg kena marah, kena tegur bukan pelajar itu tapi cikgu tersebut.
nak tak nak..mmg kena 'kejar' budak2 suruh siapkan keje.kalau bagi latihan kurang pun, org atas komplen.
tapi kalau pelajar jenis tegar x nak buat wpun dipaksa..asyik2 terlupa buku la sepanjang tahun...senang aje............"ada haku kesah!?"
Quote Anak_Nogori 23-7-2013 09:49 PM
skymania posted on 23-7-2013 09:46 PM
jadahnyer neh? layaklah anak kau kene rotan..

mujur tak kene lari padang ngan baju kurung 10 p ...

saya dulu pun kena 8 rotan..1 fail...1 rotan...fail semuanya......jongkang jongkit atas meja...balik ingat nak minta simpati emak dan ayah...sekali saya plak dipadankan muka oleh mereka..
Quote Anak_Nogori 23-7-2013 09:51 PM
FlowerGirl posted on 23-7-2013 09:49 PM
mana boleh cenggitu.....sekarang ni setiap semester cikgu2 kena submit buku latihan kat org atasan ...

mana nak?..ditegur oleh majikan..atau direpot polis silap2 tido dlm lokap barang sehari..
Quote airfilterbersih 23-7-2013 09:51 PM
Bodo punye bapak budak...
antar la g skolah swasta..
kompom x kene rotan la..
Quote pakwetizzaqyah 23-7-2013 09:54 PM
kena rotan je...bukan kena ketuk kepala mcm cikgu azli sepang...
Quote TuntungReturn 23-7-2013 09:54 PM
FlowerGirl posted on 23-7-2013 09:45 PM
sape ckp cikgu tak boleh ajar pelbagai subjek?

ajar dengan belajar adalah 2 benda yg berbe ...


bukan suma cikgu yg mengajar kt sekolah tu mahir subjek yg die ajar..tangkap muat je sebab tak ckup cikgu..ade cikgu lulusan tesl kene ajar kemahiran idup,..walaupun dari segi logiknya lari dari bidang,tapi secara logiknya tiada murid yg akan mempertikaikan ape yg cikgu ajar!
Quote timahterung 23-7-2013 09:57 PM
hzln posted on 23-7-2013 09:39 PM
patutnya ko marah anak ko awat tak buat keja skolah...adusss...bapak jaman milennium...

tapi kalau tak buat keje skolah pun jganlah halau balik, buatnye kene rogol ke, kena samun ke, kena culik sindiket ke.. paling-paling pun suruhlah berdiri kat luar kelas  ke, denda kutip sampah ke, cikgu sekarang pun satu, dari zman dulu ade je cikgu yg psikotik, almaklumlah nak jadi keje besa-besa tak dapat jadik ajelah cikgu terpaksa..
Quote Innrukia 23-7-2013 09:57 PM
Apakah sebab ni nanti cikgu pompuan ni akan terlupa anaknya dalam kete???
Stress dgn perangai bangang mak/pak budak
Quote FlowerGirl 23-7-2013 09:57 PM
TuntungReturn posted on 23-7-2013 09:54 PM
bukan suma cikgu yg mengajar kt sekolah tu mahir subjek yg die ajar..tangkap muat je sebab tak c ...

tau takpe...!murid setia mendengar
Quote apan 23-7-2013 10:00 PM
Tu le dia, kalau x ambil berat nanti cikgu dipersalahkan prestasi subjek menurun. Cikgu tu melepaskan marah dia, tapi camne budak tu boleh terlepas keluar sekolah. Mana2 pintu masuk sekolah memang ada guard yang jaga....
Quote Anak_Nogori 23-7-2013 10:03 PM
apan posted on 23-7-2013 10:00 PM
Tu le dia, kalau x ambil berat nanti cikgu dipersalahkan prestasi subjek menurun. Cikgu tu melepaska ...

apa kata cikgu plak tukar strateginya...pujuk murid2 tu kalau semuanya habiskan kerja sekolah..setiap murid dapat Ipad sorang satu..
Quote hzln 23-7-2013 10:07 PM
timahterung posted on 23-7-2013 09:57 PM
tapi kalau tak buat keje skolah pun jganlah halau balik, buatnye kene rogol ke, kena samun ke, ken ...

dah 12 thun dah, silap2 dah akil baligh dah...kalu budak darjah 1 kena halau balik lojik lah juga bapak nak mengamuk repot2 polis...budak darjah 1 apa dia tau
dah kena halau, balik jelah rumah...kata rumah 100 METER ajer dari skolah?
yg pegi merewang berdrama airmata masuk lam kampung tu pasaipa?
takut nak balik rumah kan? sbb tahu salah sendiri
ptuih
anak samdol...bapak 10x samdol

Quote TuntungReturn 23-7-2013 10:08 PM

cikgu suruh murid buat kerja sekolah masa cuti sekolah,murid bgik mcam2 alasa,,,cikgu disuruh keje time cuti sekolah,cikgu plak bgk mcm2 alasan
Quote misshero 23-7-2013 10:13 PM
memang patut kena marah pasal tak siapkan keja umah....selalu sangat tak siapkan keja umah lah tu...
bila budak siapkan keja umah, bukannya cikgu yang rugi, pening kepala lagi nak cek keja umah mereka tapi itu dah tanggungjawab cikgu....
bapak bangang, sebab tu anak pun bangang...tengoklah buku anak tu dulu.....
nasib baik kt sekolah aku mak bapak tak camni.....sapa yang tak siapkan keja umah memang aku hukum....biar dia tahu betapa pentingnya ilmu itu....kalau siap pun tapi meniru pun kena jugak....hihi

nak cakap sekali lagi bapak bangang sebab tu anak bangang, dah besar jadi rakyat yang bangang menyusahkan negara

Lihat semua komen(356)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.274400 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top