Oleh Izzah Abbasy
Kudap-kudap pasti menjadi pilihan di hari raya jika sudah puas menikmati juadah berat seperti rendang, lemang dan juga kuih raya.
Kudap jenis kekacang sudah tentu disukai ramai. Kacang goreng bawang putih sangat enak dan ranggup serta mudah disediakan. Bertambah enak jika dinikmati petang-petang sambil bersantai menonton televisyen mahupun berbual-bual bersama sanak saudara. Jom, sediakan Kacang Goreng Bawang Putih ini untuk dihidangkan sepanjang Syawal. - CARI Infonet
Bahan-bahan
500gm kacang tanah tanpa kulit 10 ulas bawang putih ditumbuk dengan sedikit garam 6 ulas bawang putih di hiris nipis dan digoreng hingga garing & kekuningan Segenggam ikan bilis - digoreng garing Air putih Minyak masak Satu sudu kapur makan Cara-cara penyediaan 1. Masak air di dalam periuk. Bila mendidih tutup api dan tuangkan kacang serta campurkan kapur makan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. 2. Gaul kacang dengan bawang putih bercampur garam yang ditumbuk tadi dan perap selama 30 minit. 3. Panaskan minyak. Goreng kacang tadi sehingga hampir kekuningan. 4. Bila sudah masak, toskan. Jika kacang sudah sejuk bolehlah di gaul dengan ikan bilis dan bawang putih yang telah digoreng berasingan tadi dan masukkan ke dalam balang kedap udara. Selamat mencuba dan menjamu kepada tetamu!
|
18
Bagus |
12
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
12
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT