Ismail memegang haiwan pelik yang ditemuinya diatas daun nipah
di kawasan hutan berdekatan dengan Kampung Alor Tuman. Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin. Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik. ' Saya terkejut melihat haiwan berkaki lapan. Bahagian depan kelihatan seperti seekor ketam, bahagian belakang seperti seekor udang galah, ekor seakan-akan kala jengking' Ismail mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat untuk memelihara haiwan tersebut. Kini , ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air. “Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya. Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus.
|
zaiha posted on 24-7-2013 08:03 AM
@kakikuDibibirmu farhan memang ensem khennnn
kakikuDibibirmu posted on 24-7-2013 08:05 AM
ya, farhan memang hensem
terima kasih kerana mengundi farhan hensem
ADVERTISEMENT