oleh Adib Za Selepas lima tahun pembinaan tanpa henti, akhirnya taman tema Disney telah dibuka secara rasmi di Shanghai sejak minggu lalu.
Taman yang dibina atas tanah berkeluasan 3.9 km persegi ini terdiri daripada Disneyland, Disneytown, Wishing Park Star dan dua buah hotel. Malah, memetik laman CNN, ia merupakan taman tema Disney terbesar di dunia! Apa yang menarik di sini ialah penggunaan teknologi terkini yang membuatkan pelbagai permainan yang ditawarkan menjadi lebih mengujakan dan lengkap. Misalnya permainan Pirates of Caribbean di sini jauh berbeza dengan Pirates Ride yang dibina oleh Walt Disney sendiri pada tahun 1960.
Dibuat dengan versi hi-tech, ia menjadi penarik terbesar di Shanghai Disneyland. Kesan visual 3D membolehkan pengunjung merasai boat yang mereka naiki seperti benar-benar berada di tengah lautan! Di sini juga anda boleh menemui pelbagai permainan dan tarikan yang tidak terdapat di Disneyland lain seperti Alice in Wonderland Maze. TRON Lightcycle Power Run coaster juga membuatkan ramai yang obses dan teruja. Roller coaster yang diadaptasi dari filem TRON itu membuatkan anda seolah-olah meluncur ke ruang angkasa! Banyak lagi yang menarik di sini, memang tak habis jika ingin diceritakan. Jika ada kesempatan apa kata berkunjung ke Shanghai Disneyland! - CARI |
28
Bagus |
16
Marah |
19
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Peterpan17 replied at 25-6-2016 03:30 PM
Aku dah pernah kesana. Bila dah abis negara lain aku pusing, China ni negara yg last akan ku lawat. ...
ADVERTISEMENT