Oleh : Dean BZ Bulan Ramadhan ni pasti sangat mudah untuk mendapatkan buah kurma dimana-mana sahaja. Namun tak tidak semua orang gemar memakan buah kurma sebab ada juga yang tak suka makanan manis, kalau makan sekali pun sekadar membuat perkara sunat dalam ajaran agama.
Jadi eloklah anda mencuba resepi yang mungkin boleh membuatkan anda lebih suka untuk memakan kurma. Saiz loyang : 8 inci Bahan A 6 keping roti 2 sudu besar mentega - di cairkan 1/2 cawan kurma - di hiris Bahan B 4 biji telur - Gred A 2 cawan susu segar 3/4 cawan gula kastor 1 sudu teh serbuk kayu manis 1 sudu teh esen vanilla Cara membuatnya: 1. Panaskan oven dan setkan kepanasan kepada 180'c 2. Carik-carikkan roti dan atur di dalam loyang. Tuang mentega cair ke atasnya dan taburkan buah kurma. 3. Di dalam bekas lain, putar telur, susu, gula kastor, serbuk kayu manis dan esen vanilla sehingga sebati dan gula hancur.
4. Tuang adunan yang di pukul tadi ke atas roti dan pastikan roti tersebut tenggelam dan terendam di dalam adunan tersebut. 5. Bakar selama 45minit (api atas dan bawah) dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong untuk disajikan. Nampak menyelerakan betul tak? Kanak-kanak juga sudah pasti sukakan puding seperti ini. - CARI Infonet. Sumber: Fiza-lgk |
7
Bagus |
22
Marah |
30
Terkejut |
9
Sedih |
23
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT