Oleh Izzah Abbasy Siapa Hafiz Mahamad yang menjadi trending di laman media sosial beberapa hari ini? Dek penangan video 'sweet' ala-ala 'pre wedding', Hafiz Mahamad seorang Instagramer popular meraikan hari jadi kekasih hati yang juga merupakan model pakaian muslimah dengan menaiki limousine rupanya. Video yang berdurasi 4 minit itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Sebenarnya, jika anda perasan, pasangan kekasih ini telahpun popular sejak tahun lepas lagi kerana mereka dikatakan terlajak manis dan romantik. Kedua-duanya berkenalan dan berkawan sejak dari bangku sekolah lagi. Klik untuk lihat video dan gambar : Instagram Hafiz Mahamad Namun, disebabkan ada yang tidak senang melihat kelakuan Hafiz Mahamad melayan teman wanitanya bagaikan 'princess' kerana merasakan ia tidak elok dipamerkan kerana mereka belum mempunyai ikatan yang sah, seorang wanita yang dikenali Ika Mat Bakhir tampil menegur dan menasihati semua yang cemburu dengan pasangan tersebut di laman Facebook miliknya. Wanita ini mengecam tindakan pasangan itu yang terlampau menunjukkan kemanisan hubungan, katanya realiti selepas kahwin taklah semanis yang disangka. Mendapat hampir 3000 perkongsian di Facebook, ramai yang bersetuju dengan apa yang disampaikan kakak ini. Kehidupan selepas kahwin tu lebih realiti sebenarnya. Tak ada maknanya selepas kahwin pun nak dilayan seperti 'princess', betul tak? Bukan sahaja Ika Mat Bakhir memberi nasihat, malah Hafiz Hamidun turut 'sound' pasangan ini apabila Hafiz Mahamad telah menulis “guys, it’s okay if your boyfriend bukan macam Hafiz Mahamad, at least your boyfriend bukan macam Hafiz Hamidun buat status Facebook, screenshot then masuk buku. smh (shaking my head/geleng kepala).” Disebabkan kapsyen tersebut, Hafiz Hamidun yang 'tersentap' dikritik terus membalas komen itu dengan menulis di Twitter; “Yang mengutuk orang ni, sebenarnya sejenis tak bergaul dengan orang lain. Duduk dalam tempurung. Tak boleh tengok orang senang. Dia panas. “Kau kutuk orang lain, apa dapat? Puas hati? Sebenarnya, kau dah sakitkan hati kau sendiri. Belajar kasi habis dulu. “Jangan mengata orang lainlah. Cermin diri sendiri dulu. Bila kau rasa dah bagus sangat, then ko kutuk orang, terus level kau jadi zero,” tulis Hafiz Hamidun. Pesanan buat adik Hafiz Mahamad dan Aina, semoga cepat-cepat naik pelamin. Barulah terlajak manis dan boleh bergelar 'Prince and Princess Forever' - CARI Infonet Kredit : Facebook Ika Mat Bakhir
|
19
Bagus |
16
Marah |
26
Terkejut |
13
Sedih |
17
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-IIN replied at 21-6-2016 04:16 PM
Oleh Izzah Abbasy
Siapa Hafiz Mahamad yang menjadi trending di laman media sosial beberapa hari ini ...
munchkin replied at 21-6-2016 05:02 PM
Itu yg masing masing berlumba nak show off hadiah from bf gf surprise bodoh bodoh ni upload kat ig. ...
AbukRokok replied at 21-6-2016 08:39 PM
penangan novel drama TV3
dari dulu aku dah cakap tv3 ni pemusnah budaya asal melayu...tv3 start d ...
mujer_in_espejo replied at 21-6-2016 06:19 PM
Budak2 ubun lembut
ADVERTISEMENT