Oleh Izzah Abbasy
Zaman dahulu sambutan Ramadan pasti meriah lagi-lagi menjelang waktu sahur. Pasti ada yang tersenyum sendiri apabila terkenangkan bunyi paluan beduk atau gendang yang suatu masa dahulu pernah menjadi 'penggera utama' untuk mengejutkan seluruh penduduk kampung untuk bangun sahur. Namun, teknologi dan zaman terus melenyapkan amalan sedemikian yang akhirnya hanya layak disimpan sebagai nostalgia Ramadan bagi generasi yang pernah melalui zaman itu. Jika dahulu, orang pukul gendang, beduk dan sejenis alat diperbuat daripada kayu yang dipanggil tuk tuk. Tuk tuk dipukul di atas kayu berlubang yang mana bunyi dan gemanya lebih kuat. Ada juga yang ketuk alat tembaga yang dipanggil cembul. Bak kata orang-orang tua, semua itu hanya tinggal memori. Tak mungkin dapat diulang kembali. Tanpa disedari, secara perlahan-lahan ia meninggalkan kita. Percayalah amalan yang seakan-akan lenyap itu tidak akan terus terbenam ditelan zaman kerana sebagai pembina budaya, manusia juga yang melenyapkannya. Definasi sahur juga berbeza dalam kalangan masyarakat kini, di mana budaya sahur dianggap 'supper' hinggakan ia bagai tidak memberi erti kerana budaya makan di luar atau di restoran yang dibuka 24 jam dicipta manusia. Adakah anda pernah mendengar bunyi paluan beduk? - CARI Infonet
|
8
Bagus |
1
Marah |
3
Terkejut |
6
Sedih |
3
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mujer_in_espejo replied at 21-6-2016 07:16 PM
Kat kmpg masih ada beduk nih.. lepas ja takbir raya first ada la yg bunyikan. Tu je la masa dia buny ...
AbukRokok replied at 21-6-2016 08:49 PM
ai last sekali dengar masa kecik habis je solat tarawih adala yg pegi ketuk benda tu...
20 tahun ...
ADVERTISEMENT