Oleh : Dean BZ Dalam negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk dengan berbilang bangsa dan kaum sudah pasti mendorong kepada berlakunya banyak perkahwinan campur.
Ini lah trend yang kian melanda di negara kita sekarang ini di mana lelaki Melayu dilihat lebih gemar berpasangan dengan gadis Cina. Memetik dari temubual yang dijalankan oleh chamais.my, ini adalah antara sebab-sebab yang diberikan oleh lelaki Melayu yang sedang berpasangan dengan gadis Cina. 1. Kulit Yang Putih Semamangnya kita tahu gadis-gadis cina mempunyai kulit yang putih menawan dan lembut ala artis-artis Korea. Sudah menjadi trend sekarang bahawa ramai lelaki yang minatkan gadis berkulit putih termasuklah juga si lelaki Melayu ini.
2. Badan Yang Ramping Secara majoritinya badan gadis-gadis cina memang ramping dengan pinggang yang kecil. Badan mereka kebannyakkannya berbentuk ‘hour glass’ atau jam pasir yang memang kegilaan lelaki pada masa ini. Badan berbentuk ini memang di gemari lelaki Melayu lebih lebih lagi semasa memegang si gadis itu di pinggangnya! 3. Pandai Berpakaian Cantik Kalau kita lihat di sekitar Lembah Klang pasti kita boleh lihat bagaimana gadis-gadis cina berpakaian. Fesyen mereka banyak di pengaruhi oleh cara fesyen korea dan juga barat. Memang biasa kalau kita lihat mereka memakai baju dengan skirt pendek atau pun perpakaian kasual dengan hot pants yang pasti membuat mana-mana lelaki termasuk lelaki Melayu terbeliak gembira. 4. Rambut Yang Lurus Dan Halus Kaum kaum dari sebelah timur asia memang mempunyai rambut yang lurus dan halus. Apabila di dandan dengan betul memang akan nampak menawan. Di sebabkan itu lelaki Melayu suka gadis-gadis cina kerana rambutnya yang berbagai style melengkapkan pakej penampilannya. 5. Boleh Bertutur Tiga Bahasa Ini memang tidak boleh di nafikan. Gadis-gadis cina di Negara kita memang boleh bertutur dalam tiga bahasa. Samada bertutur dalam Bahasa Melayu, Inggeris ataupun Mandarin kita tidak boleh memandang rendah kebolehan mereka. Disebabkan itu, lelaki Melayu tidak perlu risau jika ke kedai motor towkey cina kerana girlfriend atau isteri cina anda boleh berunding untuk harga lebih murah. Tambah pula bila dah ada anak, isteri cina boleh mengajar berbahasa cina untuk membesarkan lagi skop karier masa depan anak kecil itu! 6. Pandai Matematik Anda ada perasan masa sekolah dulu apabila keputusan peperiksaan subjek matematik keluar pasti yang di atas kebanyakannya adalah kaum cina. Memang betul kaum cina pandai matematik kerana bahasanya yang memudah kan pembelajaran subjek itu. Tapi sebagai seorang lelaki, memang biasa kita ini lambat sikit bila mengira jadi sebab itu banyak lelaki melayu meminati gadis cina kerana nanti senang nak buat apa-apa pengiraan! 7. Bijak Mengurus Kewangan Bila kita sebut pasal duit, mesti nombor satu dalam kepala adalah perempuan! Bukan nak mengata perempuan muka duitan tetapi bab-bab kewangan ini memang biasa kita lihat para wanita yang menguruskannya kerana mereka semestinya lebih arif menyimpan dan lelaki lebih arif berboros. Tetapi gadis-gadis cina mempunyai kelebihan disebabkan kebanyakkan keluarga cina banyak menceburi bidang bisnes jadi pengetahuan tentang pengurusan wang selalu di turunkan dari generasi ke generasi sehingga ia menjadi sebuah kebolehan yang semula jadi. 8. Kurang Membebel Atau Menggedik Ini fakta yang di kongsikan oleh beberapa lelaki Melayu yang sudah perpasangan gadis Melayu dan juga Cina. Perbezaan ketara yang mereka alami adalah gadis CIna lebih kepada sikap mudah dan happy go lucky. Mereka tak banyak berbebel kepada si lelaki dan juga berperangai gedik yang memang sangat di benci kaum lelaki Melayu. Asalkan si lelaki setia dan menghormati gadis cina sudah memadai untuk memberikannya kegembiraan. Setiap orang sudah tentunya mempunyai citarasa yang berbeza, mungkin ada yang suka amoi.. minah saleh, gadis India, gadis Arab dan sebagainya. Apa yang paling penting adalah kebahagian yang bakal dikecapi selepas perkahwinan. - CARI Infonet. Sumber - chamais.my
|
11
Bagus |
10
Marah |
13
Terkejut |
11
Sedih |
6
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
manehnya replied at 21-6-2016 02:26 PM
gitew? huh
ape meleis semua dh tak ramping ke? chinese ja la yg ramping..?
CrowneGlory replied at 21-6-2016 02:51 PM
sorry la...chinese ni tgk dr blkg mmg mcm cun...sekali pusing yaaa ampun
lkick2113 replied at 21-6-2016 04:08 PM
bukan tak ada, tapi kurang sis, kalau dalam 10 amoi, 8 memang ramping, kalau melayu, dalam 10 oran ...
ADVERTISEMENT