Oleh Izzah Abbbasy
Siapa penggemar Ferrero Rocher? Harga coklat ini boleh tahanlah mahal. Nak makan hari-hari beli yang 3 biji bolehlah. Nak beli sekotak, kalau hari-hari mahu 'rabak' poket. Pernah terfikir tak nak buat sendiri? Apa kata kali ini cuba buat sendiri di rumah. Boleh buat banyak-banyak. Makan sepuas-puasnya. Senang saja! Penulis sertakan resepi di bawah atau anda boleh tonton video yang disertakan ini ya. - CARI Infonet
Bahan-bahan
14 Keping Biskut Susu atau Biskut Tiger 25g Rice Krispies atau Almond Nibs 200g Nutella 200g Coklat 25g Mentega
Cara-cara penyediaan 1) Kisar biskut sehingga halus dan masukkan ke dalam mangkuk besar. 2) Campurkan Krispies Rice atau Almond Nibs dan Nutella ke dalam biskut yang dikisar tadi. Kacau sehingga sebati. 3) Bulatkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki menggunakan tangan anda. Biarkan selama satu jam. 4) Cairkan coklat dalam ketuhar selama 30 saat. Keluarkan dan kacau. Masukkan semula coklat ke dalam ketuhar selama 30 saat lagi. 5) Keluarkan dan masukkan mentega, kemudian kacau. 6) Salutkan adunan bola tadi dengan cara celupkan ke dalam coklat cair dan letakkan di atas kertas pembakar. 7) Selepas mencelup ke dalam coklat, anda boleh golekkan ke atas Almond Nibs. (ikut selera masing-masing) 8) Sejukkan seketika selama 30 minit hingga 1 jam. Siap dihidang dan dinikmati. Selamat mencuba! |
8
Bagus |
19
Marah |
15
Terkejut |
22
Sedih |
22
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
AbukRokok replied at 22-6-2016 02:05 AM
pakai bisjut tiger ke
ADVERTISEMENT