CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gambar Pertunangan Awie Dan Lady Tersebar

21-6-2016 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 36748| Komen: 146



Oleh : Dean BZ



Penyanyi lagenda rock Malaysia, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar bin Othman yang sebelum ini banyak mengalami kemelut rumah tangga bersama bekas isteri, Rozana Misbun mengejutkan dunia hiburan apabila dikhabarkan telah bertunang lagi.


Tersebarnya gambar wanita yang dikenali sebagai Syarifah Ladyana diapit oleh kedua anak Awie, Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha didalam sebuah majlis pertunangan bagaikan menjawab persoalan yang timbul.


Memetik daripada laporan Berita Harian, majlis pertunangan secara tertutup itu dikatakan telah diadakan di Hotel Vistana Pulau Pinang, Bukit Jambut pada 3 Jun lalu. Majlis yang berlangsung itu juga dimaklumkan hanya dihadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak termasuk ahli anggota kumpulan Wings sahaja.

Pada masa yang sama, dikhabarkan Awie memilih wanita yang juga bekerja didalam sebuah syarikat penerbangan yang dikenalinya beberapa tahun lalu itu kerana sikapnya yang penyayang terhadap kedua anak-anak beliau. Malah ada juga dakwaan mengatakan bahawa Awie dan Lady bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Buat masa ini, Awie masih belum memberikan sebarang komen balas mengenai perkara ini. 

Jika benar khabar berita ini, maka terjawab lah gosip liar yang kononnya Awie telah kembali bercinta dengan Erra Fazira adalah tidak benar sama sekali.  - CARI Infonet




Sumber - Bharian
21

Bagus
17

Marah
18

Terkejut
16

Sedih
25

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimo 21-6-2016 09:15 AM
patut bagi credit kat forum cari

forummer mana tah yg bocor rahsia
Quote lotionmilo 21-6-2016 09:18 AM
Ada yer yang berani dgn awie lagi?
Quote mbk 21-6-2016 09:23 AM
Tahniah... Moga bahagia.. Amin.
Quote ateam1312 21-6-2016 09:31 AM
tahniah awie!!
Quote CrowneGlory 21-6-2016 09:32 AM
more and counting....
Quote Mizlyn 21-6-2016 09:33 AM
motif tutup mulut tinggal mata je.. baik kerubung terus
tahniah  sawie...
Quote wookiehoney 21-6-2016 09:34 AM
nape tak menikah je terus
Quote AshkieLa 21-6-2016 09:41 AM
pesen ape bakal pengantin tu? I dream of Jeanie?
wahhh.. laku betul bam sawie...
Quote kenarikelabu 21-6-2016 09:47 AM
Ganas2 Ahwi pun masih tetap laku lagi.
Quote mokcikKSKB 21-6-2016 10:05 AM
CrowneGlory replied at 21-6-2016 09:13 AM
Selepas menyaksikan pelbagai kemelut yang melanda rumah tangga Awie dan beka ...

Aku ucap takziah awai awai naaa
Quote cammie1711 21-6-2016 10:11 AM
tahniah la.. mane tau lady boleh menjinakkan sawie kali ni
Quote CrowneGlory 21-6-2016 10:11 AM
kesian acik ala2 pengkid aritu gigih bekap sawie kutuk si rozana...hujung2 sawie pilih org lain...
Quote kokocrunch 21-6-2016 10:13 AM
tahniah Awie...
Quote tunaluna 21-6-2016 10:17 AM
beraninya dia nak kahwin dengan awie..tak takut kena belasah ke
Quote tang_ginger81 21-6-2016 10:19 AM
Tahniah awie..anak dara juga jadi pilihan
Quote zameyla 21-6-2016 10:20 AM
tahniah la... doa yang baik2 jer..
Quote chinta89 21-6-2016 10:20 AM
ade jugak yg hadap ngn org like sawie ni.. pelik kdg2 tu. x tgk ke sejarha silam mcmne? sori ak bukan team rozanna tapi yelah tgk perkahwinan terdahulu kan. caca marba.

sama gak ngn jamal abdillah tu. nikah cerai je kijenya even  duk ngn dadah..

ok, husnuzon je la kang ade kena hencap. dah jodoh kan...
Quote annehuda 21-6-2016 10:21 AM
pesen ape ni pakai niqab tp nampak jambul
Quote manehnya 21-6-2016 10:27 AM
wah hebatnya abam... anak dara ke.. nmpak muda dan cantik..

betuah betuah betuah...

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.073853 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top