oleh Adib ZA
Puas mencari pakej bufet Ramadan terbaik untuk anda seisi keluarga? Masih belum terlambat untuk mencuba bufet yang ditawarkan di Laman Kayangan, Shah Alam oleh Segi Seri Sdn Bhd. Selain harga yang begitu mampu milik iaitu RM59.00 (dewasa) dan kanak-kanak RM35.00, banyak yang istimewa di sini. Ini termasuklah konsep hidangan Asia Tenggara yang membolehkan pengunjung merasai juadah bukan sahaja dari Malaysia, tetapi Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan Vietnam.
Memang pelbagai dan berbaloi. Antara yang menarik perhatian adalah seperti nasi kabuli, tomyam istimewa, bakso, Vietnamese beef noodle dan sebagainya. Tak dilupakan menu wajib ketika puasa iaitu kambing panggang yang dihidangkan dengan tiga sos. Tak tahan dibuatnya! Begitu juga dengan ayam percik dan juga sayuran grilled yang disediakan. Dari segi dekorasi memang terbaik! Bukan sahaja dihias bak majlis rasmi yang gah, malah ia turut dihias dengan identiti negara-negara Asia Tenggara yang dibawakan. Sambil makan, anda juga dihidangkan dengan alunan muzik dan nyanyian daripada kumpulan ghazal. Asyik gitu. Surau juga disediakan untuk keselesaan bersolat. Parking pun percuma. Lokasinya di Seksyen 7 Shah Alam, jom apa lagi jika anda inginkan bufet Ramadan yang murah, selesa, sedap dan pelbagai, Laman Kayangan Shah Alam memang jawapannya. - CARI Lokasi: Laman Kayangan Shah Alam, Seksyen 7 Shah Alam Menu: Juadah menu kampung, kambing panggang, menu Asia Tenggara - Indonesia, Vietnam, Singapura, Thailand, Brunei Harga: RM59 Dewasa, RM35 Kanak-kanak Facebook: https://www.facebook.com/LamanKayangan/ |
12
Bagus |
17
Marah |
11
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT