Oleh : TS LOO Loading FB Video...
Semalam 16hb Jun, paparan video mengenai seekor burung unta berlari di Lebuhraya Persekutuan tersebar luas di media sosial sehinggakan gosip terpanas percintaan antara Taylor Swift pun terpaksa diketepikan, seterusnya membolehkan insiden tersebut menjadi perbualan hangat di kalangan warga kota. Walaupun burung unta yang berusia 6 bulan itu telah pun dibawa pulang ke ladang ternakan asalnya, tetapi sejak semalam ia bukan sahaja telah berjaya menambat hati masyarakat umum, malah telah diambil kesempatan oleh beberapa jenama tempatan, untuk dipergunakan sebagai "bahan promosi".
Tindakan mereka itu menimbulkan persoalan netizen yang tertanya-tanya: "ada tak bayar royalti kepada burung unta itu?" Senarai bahan promosi bagi beberapa jenama besar : Digi: Anda Berlari Apabila Datang Lambat Ke Majlis Buka Puasa Bersama Kawan Allianz Pacer : Chickaboo turut berlatih untuk Allianz Pacer Run, anda macam mana? Huawei : Jangan lepaskan babak yang terbaik! Ministry of Superbike : Hanya Untuk Berseronok Container Hotel : Dah letih berlari, jom berehat di Container Hotel ! Milkcow Malaysia : Sebenarnya burung unta ini sedang mencari ice-cream! Ezbuy Malaysia: Pasukan kami sepantas Chickaboo SEGI College : Kesesakan trafik semasa datang ke kolej, tumpanglah burung unta ini! The Retreat Clinic : Sebelum dan selepas rawatan penjagaan kulit buat burung unta ni. Dalam tempoh masa satu hari sahaja, cara promosi dengan menggunakan aksi burung unta tersebut yang paling digemari orang ramai adalah jenama telefon bimbit Huawei di mana berjaya dikongsi oleh hampir tujuh ribu orang. Bagi anda pula, cara promosi bagi jenama yang mana satu dianggap paling kreatif ? |
26
Bagus |
16
Marah |
23
Terkejut |
40
Sedih |
15
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT