oleh Adib Za Bila bercakap tentang nostalgia raya, penulis teringat waktu kecil dahulu ibu sering menyediakan kuih bahulu dengan cara tradisional.
Ya, sehingga kini pun ibu masih lagi membuat kuih bahulu, tapi jika diingatkan memang berbeza dan memori sangat cara penyediaannya dulu-dulu. Kuih bahulu dulu kala dibakar dalam bekas atau acuan yang diletakkan atas bara api. Selalunya mengguna sabut kelapa dan juga arang untuk membiarkan bahulu dimasak sempurna. Itu sahaja sudah membuatkan rasa bahulu itu sendiri berbeza dan juga tahan lebih lama. Proses membakar bahulu cara tradisional itu membuatkan bahulu dulu-dulu tahan sehingga 3 hingga 4 bulan. Berbanding bahulu moden, hanya sebulan sahaja tahan dan mudah saja menjadi tengik.
Kadang kala, bau asap dari bara api itulah yang membuatkan memori dan rindu terhadap penyediaan kuih bahulu dulu-dulu lebih kuat dan malar segar. Sekarang semua menggunakan ketuhar atau dapur gas, yang tak hasilkan asap. Lagi comel, acuan bahulu zaman dulu selalunya berbentuk ikan emas dan bukan hanya buah cermai seperti hari ini. Apa pun, kini bahulu moden sering dijual di kiosk-kiosk yang ada di mana-mana pasaraya. Tak perlu tunggu hari raya. Tapi tetap tak boleh lawan kuih bahulu dahulu kala kan! - CARI Infonet |
18
Bagus |
9
Marah |
12
Terkejut |
7
Sedih |
15
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT