oleh Adib Za Ramai yang mengambil kesempatan untuk mencuci wajah bersekali dengan waktu mandi pada pagi hari dan juga malam.
Namun, rupanya aktiviti tersebut dikatakan tidak baik untuk kulit wajah anda, sebaliknya pakar dermatologi menyarankan anda mencuci wajah di sinki. Ini kerana penggunaan paip air pada singki mempunyai suhu yang lebih baik dan bersesuaian. Kulit wajah sangat baik dicuci dengan air yang lebih sejuk seperti yang terdapat pada singki. Air yang sejuk mampu merangsang peredaran darah dan sangat bermanfaat untuk membuatkan kulit lebih bercahaya. Begitu juga dengan amalan mencuci wajah dengan tisu basah. Sekali sakala tidak mengapa, namun jika anda melaziminya, teksturnya yang kasar boleh menyakitkan kulit.
Oleh itu, biasakan mencuci wajah dengan air yang sedikit sejuk ya. Bukan susah sangat kan! - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT