Oleh Izzah Abbasy
Rezeki bulan Ramadan, siapalah yang tahu. Jika kita benar-benar ikhlas tanpa mengambil untung berlipat ganda, pasti Alllah memberinya lebih lagi. Begitulah juga peniaga jus tembikai 50 sen yang menjadi viral baru-baru ini kerana ia dijual dengan harga terlajak murah. Foto : Sinar Online Menjadi tumpuan para pelanggan, pemiliknya, Norhanisah Ghazali, 31, berkata dia memulakan perniagaan jus tembikai itu sejak Ramadan tahun lepas dengan niat menjual sambil beramal di Taman Mutiara, Sungai Kob Kulim, Kedah Tahun lepas beliau hanya menjual 600 bungkus jus tembikai, pada kali ini ia meningkat kepada 1,000 bungkus setiap hari untuk memenuhi permintaan pelanggan. Biarpun jumlah permintaan semakin bertambah, dia tetap menjaga kualiti jusnya dengan menggunakan air mineral yang dibeli di pasaraya. "Saya tak mahu nanti orang cakap jual harga murah tapi menipu, saya berniaga dengan ikhlas dan niat untuk beramal," katanya. Sangat mudah disediakan jus tembikai ini dan ia benar-benar puas dinikmati jika cukup 'padu' isi tembikai dicampur. Nah, penulis sertakan sekali resepi jus tembikai untuk anda yang jauh nak pi ke Kulim, Kedah! - CARI Infonet Bahan A
1/2 biji buah tembikai - ambil isinya 2 sudu makan gula 50ml air sejuk Bahan B 1/2 sudu teh sirap ros (ikut suka nak campurkan atau tak) Cara penyediaan : 1. Kisar tembikai, gula, dan air hingga halus. 2. Masukkan ke dalam jag dan masukkan bahan B. 3. Kacau sebati dan sejukkan dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati! |
4
Bagus |
7
Marah |
21
Terkejut |
2
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT