oleh Adib ZA
Nasi beriani tak dapat dinafikan lagi merupakan menu yang sering dicari-cari sebagai juadah berbuka puasa. Namun, tahukah anda menyediakan ia sendiri taklah sesukar mana, meskipun bahan yang digunakan agak banyak. Jangan risau, ikuti langkah satu persatu di bawah yang dipetik dari laman Resipi Bonda. Mesti jadi punya! Bahan-bahan: 4 cawan beras basmathi 5 cawan air 1 cawan susu cair 3 helai daun pandan
100 gm kismis 100 gajus, digoreng 5 sudu besar minyak sapi untuk menumis Garam secukup rasa Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan Bahan Tumis (Kisar) 6 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 4 cm halia Rempah Tumis 30 gm rempah briyani 3 biji buah pelaga 1 inci kayu manis 1 kuntum bunga lawang 3 biji bunga cengkih Cara Memasak : 1. Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus. 2. Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit ke 1 jam kemudian ditos ketepikan dulu. Goreng buah gajus ditos dan ketepikan. 3. Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan. Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan yang dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan. Masukkan rempah dan biar sampai rempah masak menjadi wangi . 4. Kemudian masukkan semua air dan susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan bolehlah dimasukkan semua beras, garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan. 5. Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna elektrik. 6. Bila nasi dah masak boleh lah di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dengan buah gajus serta dikacau rata kemudian bolehlah ditutup suis periuk nasi ini. - CARI Infonet Sumber resipi: Resipibonda.com |
ADVERTISEMENT