CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pembeli Naik Angin Bila Peniaga Lambat 'Reply', Sabar Sikit Boleh Tak Kak?

14-6-2016 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16176| Komen: 54

oleh Adib Za

Berniaga secara dalam talian memang perlukan lebih kesabaran berbanding perniagaan secara konvensional.

Ini kerana pelanggan yang datang, boleh jadi dari pelbagai latar belakang dan juga sikap yang berbeza-beza.


Ada yang sangat mudah berurusan. Ada pula yang bersikap seperti ingin dilayan bak puteri raja. Benarlah pelanggan adalah segalanya namun jangan jadikan itu sebagai alasan untuk anda dilayan bagaikan maharaja.

Seperti yang tersebar melalui laman sosial, satu perbualan antara pembeli dan penjual dalam talian jelas menunjukkan pembeli itu bertindak 'ganas' dengan membasuh penjual kaw-kaw punya. 

Ini gara-gara si penjual lambat menjawab semua pertanyaan darinya. Lihat perbualan di bawah.









Secara jelas, pembeli ini bukanlah seorang pelanggan yang penyabar dan baik. Menggunakan bahasa yang kasar, tidak dapat bersabar dan juga mudah menjatuhkan hukuman. 


Nampaknya, pengguna lain pun tidak bersetuju dengan tindakan pembeli bermulut puaka itu. 




Apa pun sebagai pembeli atau penjual, jadilah seorang yang berbudi bahasa dan juga kekal merendah diri. Tak perlu menjadi seperti perbualan di atas. Apa kata anda? - CARI Infonet


Sumber: My Media Hub

19

Bagus
15

Marah
18

Terkejut
19

Sedih
14

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mongoose_kidz 14-6-2016 02:06 PM
mentalnya customer ni...
klau aku seller mmg aku diam smpai sudah..biar dia meroyan lagi
Quote krustykrab 14-6-2016 02:25 PM
kihkihkih...elok je seller tu balas....x de la meroyan mcm pembeli tu...
kalau beli billion2 tu boleh la marah...ni beli ciputan je
Quote missinpiece 14-6-2016 02:32 PM
Fast reply tu mmg dapat menambat hati customer.. Kita sbg pembeli pon kdg2 hangin kalo hari esoknya baru seller reply. Tapi pk la jugak org tu nak mkn ke..nak tdo ke..drive ke..
Quote tagas 14-6-2016 02:53 PM
Penyabar jgk seller tu

kalo aku dah sumpah seranah

gi jahanam gi mampos la ko

Quote eenhemo2 14-6-2016 03:00 PM
Edited by eenhemo2 at 14-6-2016 03:10 PM

Een pn seller gak. Mslh yg een hadap hari2, notificafion x msk kat fb utk page een if cust req pm. Ad notification utk like & view aje. Time keje, een xleh pegang phone. Phone kne ad dlm locker. Tu yg selalu lbt belek2 fb.

Penyelesaiannya, Een letak phone number een tiap2 kali een upload gambar produk. Cust leh whatsapp terus lau they all betul2 nk beli. Tp een letak status akan reply within 24hrs. So, cust x tertunggu2
Quote CrowneGlory 14-6-2016 03:12 PM
macam rekaan jah...takat chia seed pun nk beli online?...berlambak kat supermarket...

nk tmbh sikit antara yg buat aku benci la dgn peniaga online dah post barang jualan letakla segala mak nenek info dr harga barang dan segala kos lain...xde la org susah nk pm ...kalau komen tanya harga pun x berjawap... selayaknya la level online jah...

Quote rosasa 14-6-2016 03:32 PM
akak selalu kena dik.. dia ingat akak ni takde laki anak rumah tangga ke nak hadap fb 24/7.. mengada2.. akak tak layan bila dah mengamuk tu. explain je kenapa lmbt reply
Quote -electrifying- 14-6-2016 03:39 PM
berminat , nk tahu harga? sila pm. ewah aku plak yg mencari ko
bgtaw jela rege tu
Quote Artemesiaa 14-6-2016 03:50 PM
Ramai je customer macam tu sekarang ni agent pun ada berperangai macam tu  sama gigh mendiva mereka ingat kita dok tenung phone 24/7 tampa rehat kot.  Belum lagi bab tetengah malam tanya pasal product.  Nak2 time bulan posa cam sekarang ni pepagi buta pun ada yg gigih menanya meklum le mereka tengah bangun sahur. .  Kita le nak kena pandai guna akal yg bijak cam mana nak menangani customer kuat diva cam ni
Quote minah_kidal 14-6-2016 04:24 PM
tp kadang2 seller ni kemain lg cakap soh pm bagai. bile tgk online je. tapi wassap kita 2 3 hari baru nak balas.
Quote anees~nuhara 14-6-2016 05:29 PM
dh knape tetibe ngamuk...gile punye cust
Quote miznora 14-6-2016 07:11 PM
tak nak beli sudah..  tak yah sakitkan hati seller.

seller sakit hati dia up kan mesej kerek ko pulak
Quote giyomi 14-6-2016 07:25 PM
Tp sy sokong cust... as a seller tak kira apa pon kena layan persoalan cust demi memajukan biznes. Cuba bandingkan sndiri antara seorg peniaga yg rajin balas setiap psoalan customer dgn mereka yg wat sesuatu smbl lewa, x lama lingkup lar
Quote mujer_in_espejo 14-6-2016 08:09 PM
Bhsa customer buat sy pening.. dah la byk koma..mcm bbnu punya ayat
Quote Greenbutterfly 14-6-2016 08:54 PM
I pnh kene dgn sorang seller ni,i wasap bertanyakan ttg brg yg dia jual tu.haram dia nk balas,pdahal siap ada bluetick lg,dari pagi ke mlm i tggu dia rply.i hangin jugak,tp takdela smpai nk memaki hamun..i cuma ckp kt dia i dh tak berminat lg nk tanya pasal brg tu,boleh plak dia reply mtk maaf katanya ada kecemasan.tp yg i pelik sempat pulak dia uplod gambar brg kat fb dia wlaupun tgh ada kecemasan
Quote fifie_olin 15-6-2016 08:27 AM
troknya pangai...x leh sbr ko walk in jek kt kedai...
hansuang tul

aku kalo seller x reply...mmg mls dh aku...
cr seller lain plk
Quote AisyDani13 15-6-2016 09:18 AM
beria2 sangat nk beli.. carilah seller lain yang jual..
Quote nuryakmal 15-6-2016 09:43 AM
jangan letak caption fast reply kalau tak mampu nak buat begitu.

kalau nak cepat beli barang pegi terus kedai. setakat chia seed, cold storage ada

Quote ffbeauties 15-6-2016 10:38 AM
Berniaga secara dalam talian memang perlukan lebih kesabaran berbanding perniagaan secara konvensional.


Ini kerana pelanggan yang datang, boleh jadi dari pelbagai latar belakang dan juga sikap yang berbeza-beza.


Penulis pernah berniaga online atau offline ke? Pandai pandai je assume berniaga online memerlukan lebih kesabaran berbanding konvensional. Berniaga  ni rasanya cara mana pon nak nak kalau berurusan dengan 'orang' memang memerlukan kesabaran.
Kalau bisnes offline, jumpa manusia diva lagi haru. Free je kena maki depan depan. Kalau online ok lg xnampak pon depan muka pastu share pulak kat socmed, bleh la lepas geram terbuku sambil gembira sbb dapat kutuk sama-sama dgn netizen

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051746 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top