oleh Adib Za Bila bercakap tentang fesyen untuk lebaran, selain bergaya dan juga trendy, ia juga haruslah bersifat praktikal. Setuju?
Sibuk melayan tetamu, menziarah sanak saudara dan pelbagai aktiviti lain memerlukan anda bergerak dengan selesa dan juga pantas. Bagi kaum lelaki apa kata anda mencuba kurta hoodie dari T-Muslimeen ini. Ia didatangkan dari material yang aktif menyerap peluh, jadi membuatkan anda lebih selesa untuk bersolat, bersantai dan juga riadah dengan rakan. Apa yang istimewa lagi, adanya rekaan hoodie yang membuatkan ia nampak begitu stylo. Mungkin itu salah satu sebab baju yang dipanggil KurtaX ini sudah terjual lebih dari 1547 helai, seperti yang dipaparkan di laman T-Muslimeen. Sentuhannya yang agak moden dan tak berlebihan, juga membuatkan ramai abam-abam di luar sana yang tak keruan untuk membelinya. Kan? - CARI Infonet
Kredit Foto: FB T-Muslimeen Official |
ADVERTISEMENT