CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Acappan Mohon Henti Sebar Fitnah Kononnya Dia Telah Peluk Islam

13-6-2016 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12231| Komen: 77|Original author: AbukRokok


Oleh : Dean BZ


Penyebaran beberapa keping gambar yang menunjukkan pelawak terkenal, Acappan memakai baju Melayu, berkopiah dan berada di surau telah tersebar luas di dunia maya pada hari ini.

Melalui beberapa status dan kenyataan di media sosial, Acappan dikatakan telah memeluk Islam sempena Ramadhan ini. Namun sejurus mengetahui berita mengenai dirinya itu, pelawak Acappan segera memberi penjelasan dan meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran berita fitnah kononnya dia sudah memeluk Islam.

Memetik penjelasannya kepada mStar Online, Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, berkata, foto-foto yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi dekat sini.


"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.

"Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan akwan-kawan beragama Islam," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Terdapat juga rakan artis dalam gambar-gambar yang disebarkan itu antaranya pelakon Isma Aliff, Ijam (Medicine) dan Iwan.

Dikukuhkan lagi dengan gambar bersama rakan artis itu, berita palsu mengenai Acappan telah memeluk Islam tersebar dengan pantas dan ramai yang mengucapkan syukur atas penghijrahannya itu.

Acappan menggunakan nama Islamnya Shahrin Abdullah dan ada yang mendakwa namanya Muhammad Ramadhan.

"Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama kerana dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam.

"Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama," ujarnya.

Katanya, sejak foto dan berita itu menjadi viral, dia menerima pelbagai reaksi daripada semua rakan-rakan terdekat dan keluarga yang meminta pengesahan mengenainya.

Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul.

"Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berkenaan berita ini," ujarnya.

Diharapkan pembaca menghormati permintaan Acappan dan menghentikan penyebaran berita palsu ini. Mungkin berita sebelumnya mengembirakan kita disaat mendengar Acappan telah pun berhijrah menjadi "saudara baru", kerana itu berita palsu ini sangat cepat tersebar. 

Apa pun, tindakan pembuat fitnah ini sangatlah tidak bertanggungjawab dan memalukan walau apa pun alasannya. - CARI Infonet.



Sumber - mStar Online


7

Bagus
4

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
13

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atira 13-6-2016 03:25 PM
macam2 peristiwa di bulan ramdan ni
Quote FanTasyCreaTioN 13-6-2016 03:28 PM
bagus cara dia memberi penjelasan


Quote kemaruk 13-6-2016 03:30 PM
Dekat carigold dah berpusu pusu ummah ucap alhamdulillah..

Akhirnya hampa..
Quote rosasa 13-6-2016 03:30 PM
akak tengok fb jihan share..akak rasa betul la masa tu, tapi malas nak ambil port
Quote AbukRokok 13-6-2016 03:30 PM
berapa ramai ummah dah jadi fasik hari ini.
Quote Simunggu 13-6-2016 03:32 PM
yendia masuk Islam terus dibuang keluarga....mereka takut oo
Quote akusukaq 13-6-2016 03:40 PM
itu sebab reporter kat ci ni memang johan raja lawak
Quote pearl.silver 13-6-2016 04:02 PM
Ekeleeee
Sapa yg mula2 excited nyebarkn tu..
Quote prettyuglybabe 13-6-2016 04:16 PM
aiyoyooooo... kena tambah time practice merangkak hari ni..
Quote pyropura 13-6-2016 04:19 PM
...nama Samynathan Rethinan ni kira nama Pprt keling lar, versi JDT nya Ngatiman bin Wadikun ...
Quote cecite 13-6-2016 04:25 PM
BOD gossip

@spiderman80
@perang_sivil
Quote jlo 13-6-2016 04:26 PM
pulak dah..tak pepasal je
Quote bangcak 13-6-2016 04:29 PM
FanTasyCreaTioN replied at 13-6-2016 03:28 PM
bagus cara dia memberi penjelasan

baca penjelasan dia, tingat kat fc
Quote mokcikKSKB 13-6-2016 04:32 PM
Pulak dh..teruk betul.agama dia biarlah dia deal in private.sibuk nk kecoh sedunia dia masuk islam ke tidak.
Quote insulin 13-6-2016 04:36 PM
Haiyaaa..... Habis ummah tertipu. Pereka cerita ni patut disebat montotnya...
Quote krustykrab 13-6-2016 04:36 PM
haissssshhhhh....knapa la org suka buat citer yg bukan2
Quote rosmahisham 13-6-2016 04:41 PM
kan..x de keje lain ke org2 yg dok menyebar citer nih .gigih sungguh
Quote Artemesiaa 13-6-2016 04:41 PM
Sebab tu jangan mudah menafsir seseorang hanya sekadar dari cara dia  berpakaian atau tempat dia berada
Quote dinopower 13-6-2016 04:43 PM
kemaruk replied at 13-6-2016 03:30 PM
Dekat carigold dah berpusu pusu ummah ucap alhamdulillah..

Akhirnya hampa..

tu blum bangkem pakai songkok.... iols la paling bangga taww....

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.094736 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top