Artikel Oleh Dean BZ | Video Oleh Siti & FirdausZ | Suntingan Visual FirdausZ Pernahkah anda mendengar tentang fadhilat mengerjakan solat sunat terawih dari malam pertama hingga ke malam akhir bulan ramadhan? Tahukah yang sebenarnya hadis itu adalah palsu.
Ini sudah disahkan oleh pakar-pakar hadis tempatan, antaranya Ustaz Asri Hj Yusof (Dewan Pengajian Ibn Qayyim), AlMarhum Ustaz Abd Ghani Hj Idris (Hadis-hadis Dha'ef dan palsu) bahawa hadis fadhilat malam-malam tarawih dari Ali KW itu adalah Maudhu' (palsu). Pihak JAKIM sudah dimaklumkan akan hal ini supaya menarik balik hadis-hadis ini dari disampaikan baik di media cetak, elektronik atau dari ditampal di masjid-masjid atau disampaikan dalam kuliah-kuliah agama. Wallahu a’lam. - CARI Infonet. |
ADVERTISEMENT