Oleh Izzah Abbasy
Sudah seminggu kita berpuasa, penulis percaya pasti ramai antara kita yang sudah mula mencari-cari baju raya yang akan digayakan pada Aidilfitri nanti. Nak kongsikan dengan anda, portal beli-belah online, Fashion Valet (FV) memperkenalkan kempen Gaya Koleksi Raya 2016 buat kali kedua dengan menampilkan kira-kira 40 jenama hasil sentuhan pereka-pereka terkenal negara mempertaruhkan rekaan yang lebih segar untuk digayakan pada Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Koleksi yang terdapat di FV sudah pasti antaranya Rizman Ruzaini, Mimpi Kita, NH by Nurita Harith, Innai, Alia B, Syomirizwa Gupta, S.Baharim, Poplook Premium, Kami Idea, emel by Melinda Looi dan banyak lagi. Ha, apa tunggu lagi! Cepat-cepatlah intai gaya dan warna yang sesuai untuk dipakai raya nanti. Yang paling 'best', Fashion Valet menghimpunkan barisan pereka muda yang mula mencipta nama dalam penciptaan gaya yang lebih versatil. Jom, cuci mata dengan koleksi yang terdapat di Fashion Valet ini. Rambang mata tau! - CARI Infonet
Kredit : Instagram Fashion Valet |
ADVERTISEMENT