Oleh : Dean BZ
Satu video menyayat hati yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki meratapi pemergian ibunya menjadi viral di Facevook sejak beberapa hari lalu. Darwish kelihatan tidak mahu berenggang dan terus memeluk ibunya yang sudah meninggal dunia di sebuah hospital di Alor Setar sehingga jam 5 pagi. Video berkenaan telah dimautnaik oleh saudara ibu saudara arwah, Puan Sharifah Asma Syed Kechik. Menurut Puan Asma, anak saudaranya itu tidak menghidapi sebarang penyakit kecuali dapat darah tinggi secara tiba-tiba sahaja. "My niece tak pernah ada sakit apa-apa pun sebelum ini. Cumanya, bila dia pregnant, dia dapat darah tinggi tiba-tiba sahaja. Itu pun semasa dia hamil, dia pun tak tahu sampailah kandungan dia berusia 3 bulan, baru dia tahu.
"Masa kejadian itu, dia hamil 6 bulan. Pada mulanya dia sakit tengkuk dan kepala. Dia minta anak dia picitkan. Selepas itu tiba-tiba saja dia tidak sedar. Then suami dia pulang dari office terus menghubungi ambulance, bawa pergi ke hospital. "Menurut doktor, pembuluh darah dia dah pecah dan darah sudah spread ke otak dan perlukan pembedahan segera. Terpaksalah bawa ke Hospital Besar Alor Setar. Tapi pada masa itu, dia dah elok dan boleh bercakap lagi. "Sebelum pembedahan, dia nak tengok Darwish sebab Darwish sangat rapat dengan dia. Nak tidur pun, ibu dia yang kena tidurkan dia. "Pembedahan berlangsung selama 12 jam. Selepas keluar dari bilik pembedahan, dia terus koma dan langsung tiada sebarang respon. Beberapa hari kemudian, bayi dalam kandungannya meninggal dunia. Arwah pula under ventilator. "Selepas beberapa hari, doktor buat keputusan untuk memberhentikan ventilator sebab dia dah tak ada respon. Masa itu, kalau sesiapa yang ada di ICU akan menangis teruk. Mana mampu nak melihat ratapan anak-anak dia bila doktor nak buka life support itu? Operation dia di kepala, jadi tempurung kepala dibuka. Bayangkan macam mana sakitnya kan? "Sedih sangat. Arwah sempat berpuasa beberapa hari saja sebelum meninggal. Kakak Darwish pula SPM tahun ini. Anak yang bongsu, perempuan, berusia lebih kurang 4 tahun. Tapi yang paling teruk, Darwish. Daddy dia kata kadang-kadang itu itu Darwish menangis sampai jam 4 ke 5 pagi sebab nak mummy dia," katanya dipetik tulisan MyMediaHub. Begitu lah besarnya pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu hingga anak kecil seusia Darwish pun tidak mampu menerima pemergian ibunya. Sama-sama kita doakan semoga roh arwah tenang disana dan Darwish terus tabah menerima hakikat pemergian ibunya yang tersayang. - CARI Infonet. Sumber - Siakapkeli.my |
8
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
6
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Esmiria replied at 10-6-2016 11:41 PM
aku,dulu.bapok ninggey,leh tenang je.x viral pun.
Esmiria replied at 10-6-2016 11:41 PM
aku,dulu.bapok ninggey,leh tenang je.x viral pun.
yamapi85 replied at 11-6-2016 10:58 AM
sbb ko saiko bipolar.
ADVERTISEMENT