Oleh : Dean BZ
Pada tahun ini, H&M tampil berkolaborasi bersama penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat untuk koleksi Hari Raya H&M. Antara pilihan Ayda Jebat yang bakal memeriahi rak raya H&M dalam masa terdekat ini adalah skirt motif bunga, blaus longgar, jaket labuh serta aksesori warna-warni. Kesemua koleksi ini bukan sahaja sopan dan sesuai untuk Hari Raya Aidilfitri malah boleh sahaja disarungkan untuk majlis dan perayaan lain. Menurut Pengurus Negara H&M Southeast Asia, Fredrik Famm, "Kami tertarik untuk berkolaborasi dengan Ayda Jebat kerana personalitinya yang ceria dan cita rasa fesyennya yang unik. Ayda Jebat pintar mengeksplorasi gaya padu-padan bahkan tidak gentar bereksperimen dengan koleksi fesyen terbaru H&M."
“Sebagai penggemar tegar H&M, saya amat bangga untuk bekerjasama denganjenama fesyen ini untuk hari yang mulia ini,” kata Ayda. Bagi yang teringin membeli koleksi raya pilihan peribadi Ayda Jebat sendiri, bolehlah ke H&M bermula 16 Jun 2016 nanti. - CARI Infonet. Sumber- intrend.com.my |
9
Bagus |
13
Marah |
19
Terkejut |
7
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT