Oleh : Dean BZ
Tidak dapat dibayangkan bagaimana kah perasaan apabila melihat bangkai seekor cicak teredam didalam sebungkus air minuman yang dibeli di bazar Ramadan. Namun itulah peristiwa jijik dan mengejutkan yang menimpa seorang pelanggan bazar Ramadan. Ekoran itu, pelanggan malang itu terus berkongsi gambar itu di media sosial dan menjadi viral sejak dua hari lepas.
Memetik dari Mynewshub, pelanggan berkenaan mendakwa, dia bernasib baik kerana menyedari minuman yang dibeli telah dicemari dengan bangkai cicak sebelum meminumnya. Sehubungan itu, ramai pengguna laman sosial di ruangan komen saling mengingatkan supaya lebih berhati-hati mencari juadah untuk berbuka puasa selepas ini. “Kepada sesiapa yang membeli air minuman untuk waktu berbuka dinasihatkan berhati-hati kerana jangan disangka air yang tenang tiada buaya,” tulis Dien Penjejak Kematangan. Insiden ini harus diambil ikhtibar buat semua peniaga di bazar Ramadan agar lebih berhati-hati dan menitik beratkan soal kebersihan. Janganlah memikirkan makanan terjual dan untung semata-mata. Ya benar, mungkin insiden ini berlaku kerana terlepas pandang namun peniaga haruslah lebih bertanggungjawab memeriksa tahap kebersihan makanan dan minuman yang hendak dijual agar ia lebih terjamin untuk dibeli. - CARI Infonet.
|
8
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
5
Sedih |
10
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
famri7 replied at 9-6-2016 04:34 PM
Buta ke pejual kimaks ittu?
famri7 replied at 9-6-2016 04:34 PM
Buta ke pejual kimaks ittu?
rospinki replied at 10-6-2016 06:30 AM
Aku tk rasa ciciak ni dri air tu..mungkn dia sengaja letak cicak utk viral dan hadap like. Tk masuk ...
rosasa replied at 10-6-2016 09:22 AM
bangkai cicak ni, kalau mati bau ya amat..walau sekecik jari baby besarnya..
dah dalam air mcm tu ...
ADVERTISEMENT