Oleh : Dean BZ Terasa nak makan karipap pula melihat video memaparkan selebriti jelita, Neelofa sedang membuat karipap di dapurnya.
Nampak mudah je kan, tapi tak semudah yang disangka sebab banyak step juga perlu dilakukan. Sumber video - RotiKaya Di bulan puasa ini, harga kuih pun tidak lah murah jadi jika inginkan kuantiti yang banyak lebih baik buat sendiri kan. Selain boleh dimakan ketika berbuka, bolehlah juga sedekahkan pada masjid untuk dimakan oleh jemaah selepas solat sunat Tarawih. Dapatlah juga pahala bersedekah..
Buat suri rumah yang ingin mencuba, jom sama-sama kita cuba resepi karipap sardin ini. Bahan-Bahan Inti Karipap Sardin 1 tin sardin sederhana (sebarang jenama) 1 labu bawang besar dipotong dadu ( bahagikan dua bahagian) 2 biji ubi kentang dipotong dadu 3 sudu besar cili kering kisar ( kalau tak suka pedas, kurangkan) 2 sudu besar serbuk kari 3 ulas bawang merah ( dikisar ) 2 ulas bawang putih ( dikisar ) Minyak masak untuk menumis Cara Masak Inti Karipap Sardin - Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikannya.( Saya tak hancurkan lumat supaya time kita makan karipap tu, boleh rasa ikan sardinnya sekali). - Asingkan juga sos atau kuah sardin yang ada dalam tin supaya inti tidak begitu berminyak dan menyebabkan karipap tidak melekat dengan baik. - Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti. - Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau, masukkan cili kering kisar.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan. - Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih dahulu. - Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk.Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat lembutkan kentang dengan cepat. - Masukkan isi sardin yang sudah dihancurkan diikuti separuh lagi bawang besar yang dipotong dadu - Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering - Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan boleh di buat inti karipap. Bahan-bahan untuk buat kulit karipap - 500 gram tepung gandum ( untuk 40-50 biji karipap ) - dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin ) - satu mug sederhana besar berisi air ( biasa/ air sejuk dalam peti ais) yang sudah dilarutkan dengan garam - Ada juga resepi yang saya baca di Blog Jintan Manis, menambah tepung ubi dan tepung beras sebagai rahsia kenapa karipap akan jadi lebih rangup.Saya belum mencubanya, tetapi jika anda berminat, saya kongsikan sukatan tepung beras dan tepung ubi mengikut resepi mereka. - 50g Tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi ) - 50g Tepung Ubi(anggaran setengah senduk nasi ) Cara buat kulit karipap - Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas. - Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap. - Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap. - Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup Petua supaya karipap anda tidak menggerutu Panaskan minyak, tutup api dan masukkan karipap. Biar sekejap, baru nyalakan semula api perlahan. Goreng seperti biasa hingga masak. Jangan goreng kesemuanya kerana karipap yang belum digoreng boleh disimpan didalam peti ais. Jika rasa nak makan lagi baru goreng, berbaloi kan buat sendiri. Selamat mencuba! - CARI Infonet. Resepi : jendeladapursurianti.blogspot.my |
crazecousa replied at 14-6-2016 08:21 AM
Geramnye tengok karipap neelofa
ADVERTISEMENT