oleh Adib Za Lelaki ini mempunyai pandangan yang berbeza terhadap makanan kerana ia mampu mencipta dunia yang tersendiri daripada makanan dan teknik fotografi yang unik.
Carl Warner merupakan seorang jurugambar Inggeris yang terkenal dengan buku yang berjudul A World of Food. Bayangkan dia boleh membuat seni pada makanan dengan menyusunnya dalam pinggan kemudian merakamkannya sebagai satu pemandangan atau dunia yang tersendiri. Persis berada di planet lain, bila brokoli bersaiz raksasa atau pun bawang yang berterbangan di langit. Namun, itulah hasil seni yang dipaparkan oleh lelaki melalui makanan dan juga fotografi. Namanya cukup disegani di dalam bidang pengiklanan pada tahun 1990-an. Namun, sampai satu tahap Carl berasa bosan dengan kerjanya kerana berasakan ia kurang imaginatif.
Sehinggalah dia mendapat idea bila terlihatkan beberapa cendawan yang baginya, kelihatan seperti pokok dari planet asing. Selepas dikombinasikan dengan beberapa makanan lain, maka jadilah Mushroom Savanna, karyanya yang pertama. Sehingga kini Carl menyebut hasil karyanya sebagai foodscape iaitu gabungan landskap dan juga makanan. - CARI Infonet |
kumen2 replied at 10-6-2016 03:56 PM
wah.... bestnya,,,,,, teringat cerita chocolate ape tah,,
ADVERTISEMENT