oleh Adib Za Jarang kita mendengarkan tentang makanan daripada negara Filipina, betul? Salah satu menu negara itu yang semakin popular, malah tersebar sehingga ke luar negara ialah sejenis pencuci mulut yang dipanggil Halo Halo.
Ia merupakan bahasa Tagalog yang bermaksud campur-campur. Memang ya, ia sejenis pencuci mulut yang sejuk dan penghilang dahaga, persis air batu campur jika di Malaysia. Lazimnya, dalam satu mangkuk ada campuran beberapa bahan seperti kacang merah, nangka, pisang, susu, aiskrim dan sebagainya. Dihidangkan sekali dengan ais yang telah dihancurkan, memang enak. Cara untuk menikmatinya, campurkan semua bahan dan terus nikmatinya. Sangat segar dan melegakan sangat!
Di Malaysia, mungkin sukar untuk ditemui menu ini, namun apa kata anda sediakan sendiri semua bahan tadi dan campurkan sahaja dalam sebuah mangkuk. Selamat mencuba ya! - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT