CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Cara-Cara Nak "Mengorat" Wanita Pemalu Dan Pendiam

9-6-2016 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20192| Komen: 13


Oleh : Dean BZ


Terdapat bermacam jenis wanita di dunia ini, ada yang murah dengan senyuman, baik hati, suka berborak, dan ada juga yang pendiam, pemalu dan tidak suka bergaul.


Selain wanita yang peramah, ada juga lelaki yang lebih gemarkan wanita yang pendiam tetapi tidak tahu bagaimana ingin memikat hati wanita itu. Sudah tentu tidak mudah kerana kurang bercakap membuatkan diri wanita itu kelihatan misteri, perahsia dan sukar untuk didekati.

Jika anda sedang mencuba untuk memikat wanita yang pendiam dan pemalu, boleh cuba cara dibawah :


#Beri Sedikit Perhatian
Ada banyak hal yang menyebabkan seorang wanita memiliki sifat pendiam. Salah satunya adalah kerana tidak ada orang yang memperhatikannya atau kisah silam yang hitam. Oleh sebab itu, jika anda cinta kepadanya, cubalah untuk memberi lebih perhatian tetapi jangan terlalu gelojoh dan terburu-buru.


#Borakkan Hal yang Disukainya
Berbeza dengan wanita lain, yang boleh berborak dalam apa jua topik. Wanita pendiam lebih suka berborak hal yang penting bagi dirinya sahaja. Oleh sebab itu, fokuslah untuk mencari topik apa yang disukainya. Misalnya hobi atau lagu dan filem kegemarannya.


#Renung Matanya Sesekali
Selanjutnya adalah dengan merenung matanya. Wanita pendiam terkadang memiliki banyak rahsia, termasuk siapa yang dicintainya. Untuk itu, jika anda ingin melihat apakah dia menyukai anda atau tidak, cubalah sesekali melihat matanya. Lihat respon yang ditunjukannya, apakah diam saja seperti biasa, tersipu malu atau bersikap dingin. Dari sini kita boleh lihat, jika dia tersipu malu, atau pipinya merah padam, maknanya dalam diam dia juga menunggu anda "mencuba".

#Ajak Melakukan Hal yang Disukainya
Selain berborak hal-hal yang disukai, anda juga boleh menerapkan cara memikat hati wanita yang pemalu dengan meningkatkan pendekatan dengan cara mengajaknya melakukan apa yang disukainya. Misalnya wanita pendiam tersebut suka membaca buku novel. Anda boleh membelikannya hadiah buku novel yang menarik untuk dibaca. Berusahalah untuk membuat anda kelihatan istimewa di matanya.

#Nyatakan Cinta Tanpa Orang Lain Tahu
Jika beberapa cara di atas sudah anda lakukan, kini saatnya untuk benar-benar memikat hatinya. Anda boleh mencari waktu yang tepat dengan tempat yang tidak ramai orang. Biasanya wanita pendiam mudah malu, dan sangat tidak sesuai jika anda menyatakan cinta di depan umum.

Jika anda berjaya menakluki hati wanita pendiam dan pemalu itu, tentu anda akan merasa satu kepuasan apabila dapat mengenali dirinya dari sudut lain. - CARI Infonet.




Sumber - nibroza


31

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
78

Sedih
13

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (164 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 9-6-2016 04:08 PM
x minatlah wanita pendiam.. bosan hidup
Quote hayati_soraya 9-6-2016 07:10 PM
kosong je page ni... ke ada image tp iols yg tak nampak?
Quote oliveoil2016 10-6-2016 02:52 PM
nak tekel laki pendiam camne plak
Quote mizlily 10-6-2016 04:10 PM
Mopiko replied at 9-6-2016 04:08 PM
x minatlah wanita pendiam.. bosan hidup

jgn percaya perempuan ni diam

dh kawen sok tgk la diam ka x
Quote gigahertz 3-7-2016 11:37 AM
oliveoil2016 replied at 10-6-2016 06:52 AM
nak tekel laki pendiam camne plak

Buat apa laki tu suka. Laki tu suka diam. Sis diam je la.
Quote mbhcsf 8-7-2016 01:52 PM
bagus jugak - dia tak ngumpat , dia tak buat benda kat luar yang tak soleh may be, dia tak banyak cakap benda yg tak der faedah, dia jaga maruahnya

ni aspek yg positif

yang she needs to be aware - dull, and 1kena thu bil pasangan needs a good fulfilling, best verbal exchanges . kena tahu tika dan masa pasangan tu perlukan komunikasi.


tu je kot ...

pemalu yg bertempat dan diam bertempat okay ...

yg tak  bertempat ni payah
Quote sundelbolong 11-7-2016 11:46 AM
Edited by sundelbolong at 11-7-2016 10:25 PM

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Quote mbhcsf 11-7-2016 07:15 PM
sundelbolong replied at 11-7-2016 11:46 AM
Bosan la perempuan pendiam ni. Kalau kahwin nanti menyusahkan je. Kalau ada masalah dengan suami dia ...

dari soal komunikasi sampai ke soal tudung?
wow cayalah...
Quote hayati_soraya 11-7-2016 07:52 PM
sundelbolong replied at 11-7-2016 11:46 AM
Bosan la perempuan pendiam ni. Kalau kahwin nanti menyusahkan je. Kalau ada masalah dengan suami dia ...

Apa salahnya dia tanya kat husband dia. Mmg wives tak boleh tanya husband ke kalau ada benda yg dia tak tahu. Cuba la selesaikan sama2. Ke husband tu jenis lps tangan?

Apa kena mengena dgn tudung pula? So kalau pmpn tu pendiam tp freehair tak menyusahkan la ye tak mcm perempuan bertudung yg pendiam. Tak faham apa point yg u cuba sampaikan kat sini.
Quote ifanonline 15-7-2016 11:36 AM
pendiam boleh...tapi jgn sampai bisu...
Quote Emperor95 15-7-2016 11:57 AM
Tiada masalah dengan wanita pendiam dan pemalu. Rasanya lebih manis dan comel gitu.
Quote shin_ah81 16-7-2016 01:16 AM
mbhcsf replied at 8-7-2016 01:52 PM
bagus jugak - dia tak ngumpat , dia tak buat benda kat luar yang tak soleh may be, dia tak banyak ca ...

I setuju yang ni.

I jenis pendiam dan pemalu, tapi bila bercakap selalu belit2.. sampai si dia pun ingat I asyik tipu dia.
I lebih suka taip sms/wassap panjang2 dan send kat dia untuk make sure takde point tertinggal
Quote hagemaru12 29-8-2016 12:06 PM
nak tekel laki pendiam camne plak

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.053697 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top