Oleh Izzah Abbasy
Tiba bulan puasa ini, pasti Rempeyek Kacang Tanah Dengan Ikan Bilis sudah mula terjual. Kuih tradisional ini tetap mendapat tempat setiap kali bulan Ramadan dan Syawal menjelma. Sudah pastilah ia akan dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung nanti. Tapi, kali ini nak beli, tempah atau nak buat sendiri? Ala, sekali sekala cubalah buat sendiri dengan resepi dan tip yang disediakan seperti di bawah ini. 'Sure' krup krup rangup bunyinya nanti. Selamat mencuba! - CARI Infonet Bahan-bahan
1 bungkus tepung beras 1 bungkus kecil jintan manis - kisar kasar 1 bungkus kecil jintan putih - kisar kasar 1 bungkus kecil biji ketumbar - kisar kasar 100 gram Ikan bilis - dibelah dua 1 biji kelapa - 4-5 cawan santan cair (buat lebih sebab akan digunakan untuk tambahkan santan cair dari masa ke semasa dalam adunan yang mendap) 1 sudu teh kapur makan 1 sudu kecil garam @ secukup rasa 1 sudu teh gula 1/2 kilo kacang tanah atau lebih minyak untuk goreng terendam
Cara-cara penyediaan 1. Bersihkan dan toskan kacang tanah hingga kering. Kalau lembap nanti kacang tanah kurang rangupnya. 2. Basuh rempah-rempah dan kisar kasar. Ketepikan. 3. Dalam mangkuk, gaul sebati dengan tangan semua bahan yang telah dikisar bersama tepung beras, kapur makan, gula dan garam. Kemudian baru masukkan santan. Adun dan kacau lagi bancuhan tepung beras dan bahan-bahan tadi hingga kelihatan cair. Jika terlalu pekat, tambahkan santan lagi. 4. Anggaran bancuhan macam adunan lempeng dadar. 5. Bila nak mula menggoreng, buat satu mangkuk bancuhan yang lain untuk mudah kita jaga pekat/cairnya bancuhan tersebut. Jika adunan agak pekat/mendap, tambahkan lagi santan dari semasa ke semasa. 6. Ambil sesudu bancuhan, masukkan kacang tanah dan ikan bilis di dalam sudu. Layangkan di tepi kuali. Ikut kreativiti sendiri. Biar adunan melorot ke dalam minyak. 7. Biar seminit, lepas itu terbalikkan rempeyek, kacang menghadap ke bawah. Bila goreng rempeyek kacang tanah, sentiasa telangkupkan, supaya kacang ranggup dan masak sempurna. Api kena jaga, jangan besar. bila permukaan berkacang sudah kecoklatan, baru terbalik kan. 8. Bila kacang telah garing, boleh lah diangkat dan ditoskan rempeyek tersebut. Bila dah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara atau tin. Tip rempeyek rangup 1) Fungsi air kapur/kapur makan itu ialah bagi merangupkan lagi rempeyek dan masa menggoreng rempeyek ini, gunakan api sederhana supaya rempeyek tidak merah atau terlalu garing. 2) Jika tak suka letak ikan bilis, bolehlah letakkan kacang tanah sahaja semasa proses menggoreng rempeyek dilakukan. Kredit : www.aynorablogs.com/ |
15
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
damian_lee replied at 10-6-2016 12:45 AM
meols punya resepi .... kadang letak cekur ... tak pun letak daun kunyit yang telah dihiris halus un ...
jazaa100 replied at 5-12-2017 01:23 AM
Dik...letak cekur ke daun cekur...
ADVERTISEMENT