oleh Adib Za
Bulan Ramadan yang sinonim dengan amalan bersederhana nampaknya menjadi sebaliknya bila ramai yang membazir dan membeli secara berlebihan ketika di bazar Ramadan. Pengertian bulan Ramadan itu sendiri tidak difahami dengan mendalam dan mungkin sebab itu, seorang lelaki telah tampil dengan poster mengajak orang ramai berjimat cermat ketika berada di bazar. Kelibat lelaki yang tidak dikenali itu menarik perhatian bila ramai yang berkongsi gambar dia menyangkut poster tulisan tangan itu di lehernya. Kejadian yang dipercayai di Jitra Kedah itu sekaligus membuatkan ramai seperti terkesima dan kagum kerana ia pertama kali seumpamanya dilakukan. "Beli apa yang perlu sahaja. Elakkan pembaziran. Jika mampu, beli lebih, sedekah kepada jiran."
Itulah pesanan yang diberikan oleh lelaki ini. Ia bukan sahaja begitu mendalam, sebaliknya mampu menjadi peringatan penting buat semua orang. Bayangkan sebelum ini ada laporan menunjukkan rakyat Malaysia membuang sehingga 1,000 tan makanan sehari ketika bulan Ramadan. Statistik ini bersamaan dengan makanan yang boleh menampung 7 juta orang!! Ia satu perkara yang amat mengejutkan dan menyedihkan, bukan? Apa pendapat anda? - CARI Infonet |
11
Bagus |
7
Marah |
2
Terkejut |
22
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-MAMS replied at 8-6-2016 12:45 PM
saya rasa, kalau ke bazar, jgn bawa duit bnyk kan...
manjalara_01 replied at 8-6-2016 12:56 PM
hhmmm...pd manja kalau zaman kanak2 dulu mmg la semua benda nak beli...
tp skrg xde la mcm dulu.. ...
CARI-MAMS replied at 8-6-2016 01:45 PM
manja nk borak2 psl ramadan boleh masuk thred ni... --> http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=vi ...
ADVERTISEMENT