oleh Adib Za
Benarkah perempuan bangun lambat tak sesuai dijadikan isteri? Penulis sendiri ada rakan di kalangan mereka yang bersifat sebegini. Namun, rasanya tiada masalah dan sudah beranak pinak pun. Bahagia sahaja! Namun, mengapa ramai di kalangan lelaki yang begitu memilih ciri-ciri wanita yang ingin dijadikan isteri mereka? Adakah mereka sendiri sudah cukup sempurna, boleh menjadi imam dan pemimpin keluarga yang baik? Atau diri sendiri pun masih terkapai-kapai perlukan bantuan mak dan ayah setiap bulan? Itu belum lagi ciri yang sangat dianggap penting iaitu masih 'dara'. Seperti yang dipaparkan dalam akhbar hari ini, terdapat pasangan di India yang bercerai selepas mendapati isterinya tidak lagi dara ketika malam pertama.
Begitu tinggi sekali lelaki bila berkaitan dengan kesempurnaan. Seperti yang diluahkan oleh seorang netizen ini, Luqman San, dia berkata, "Perempuan bangun lambat tak sesuai dijadikan isteri. "Dia ada ibu bapa. Mereka tidak pernah pun memberitahu yang dia tidak layak menjadi anak mereka. Sebaliknya, mereka memimpin anak menjadi orang yang lebih baik setiap hari. "Anda hanya melihat kelemahan dalam dirinya, kemudian anda ambil keputusan untuk 'reject' dia. "Jika anda rasa itu merupakan alasan untuk anda tidak mengahwininya, anda sebenarnya belum ready pun untuk berkahwin dengan sesiapa!" Begitulah antara yang diluahkan oleh netizen ini. Apa pendapat anda? - CARI Infonet |
9
Bagus |
21
Marah |
7
Terkejut |
9
Sedih |
24
Lawak |
74
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sarahmirza replied at 7-6-2016 05:09 PM
Lelaki bangun lewat tak solat Subuh tak layak dijadikan suami.
Suami ketua keluarga, kalau cuma ist ...
Spender_Bundle replied at 7-6-2016 05:56 PM
org melayu bnyak di didik dgn cara india... ppuan jd hamba...lelaki jd raja
adelea replied at 7-6-2016 08:12 PM
Hey lelaki ... pompuan tu tak perfect ko yg kena perfectkannya... pompuan gemuk .. llu dia jumpa lak ...
ADVERTISEMENT