oleh Adib Za Menu ayam tempayan, ummp mendengarkan sahaja sudah boleh terbayang keenakan rasa. Tapi sabar ya, berbuka puasa nanti barulah boleh merasanya!
Memetik laporan Bernama Rozana Abdul Manaf, 28 tak menyangka menu ayam tempayan yang dijualnya begitu laris. Pada hari pertama Ramadan sahaja, kesemua 180 ekor ayamnya telah habis dijual dalam tempoh 3jam sahaja! Peniaga yang membuka gerai di Bazar Sura Gate, Dungun ini juga berkata cuti sekolah mungkin jadi penyumbang kepada sambutan luar biasa itu. Malah, dia menjual dengan harga RM20 seekor iaitu lebih murah berbanding tahun lalu. Ia telah menjadi ramuan rahsia keluarganya sejak 30 tahun lalu. Ayam diperap dengan rempah khas, kemudian dimasak dalam tempayan lebih kurang memakan masa sejam. Antara tips yang digunakan ialah memasak menggunakan arang kerana isi ayam tersebut lebih lembut dan enak. - CARI Infonet
Sumber: Bernama |
19
Bagus |
10
Marah |
12
Terkejut |
8
Sedih |
10
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Loloq89 replied at 7-6-2016 02:55 PM
ape rasenye tu?
mcm tandoori kah?
nur.amirah replied at 7-6-2016 09:54 PM
Ayam tandoori lagi sedap dari ayam tempayan ni...
Loloq89 replied at 8-6-2016 08:17 AM
ye ke?
tapi nape laris abes tu?
nur.amirah replied at 8-6-2016 08:24 PM
Alaa, tu taste masing2 laa ..plus kt dungun ayam tempayan tu diorang jual time ramadhan jer, so ti ...
Loloq89 replied at 9-6-2016 09:13 AM
ohh..patut la ponnn
plus kt ganu pon kurang jumpa mamak..
ADVERTISEMENT