CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pablo Aimar & jurulatih Sepanyol bakal dilamar JDT !

22-7-2013 10:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22255| Komen: 185




JOHOR BARU, 21 Julai: PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) semakin hampir mendapatkan khidmat bekas bintang Valencia, Pablo Aimar.
Perkara itu dinyatakan sendiri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden PBNJ.
        
        “Dalam pada itu, kita juga sedang dalam proses rundingan dengan beberapa pemain untuk beraksi dengan pasukan Johor DT.
        
        “Selari dengan prinsip PBNJ yang sentiasa akan membawa nama-nama besar dalam industri bola sepak untuk berkhidmat dengan pasukan Johor, kami semakin hampir mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak bersama Pablo Aimar,” katanya.
        
Aimar pernah beraksi di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin ketika mewakili Argentina pada Piala Remaja Dunia Fifa 1997 dan pasukannya muncul juara.
        
Beliau juga pernah beraksi pada Piala Dunia FIFA pada tahun 2002 dan 2006.
        
Pemain ini juga pernah muncul di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru, bulan lalu dan disambut sekumpulan penyokong skuad Harimau Selatan selain pekerja hotel berkenaan.
        
Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata, pihak pengurusan juga telah mendapat persetujuan daripada lima pemain baru untuk menyarung jersi Johor DT bagi musim akan datang.
        
Pada masa sama, Tunku Ismail mengesahkan, PBNJ dalam usaha untuk mendapatkan khidmat pengurus pasukan yang baru dari Sepanyol.
        
Menurutnya, pengurus berkenaan adalah seseorang yang berpengalaman, selain pernah menerajui pasukan  Valencia dan Atletico Madrid.
        
        “Saya sebagai Presiden PBNJ ingin mengumumkan kepada penyokong Johor, bahawa langkah-langkah positif telah diambil oleh PBNJ bagi memperkukuhkan lagi pasukan kita untuk musim depan.
        
        “Fandi Ahmad akan terus bersama pasukan Johor DT sebagai penolong jurulatih,” katanya dalam satu kenyataan dipetik dalam laman sosial.
        
Tunku Ismail turut menegaskan bahawa sumber kewangan PBNJ adalah daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dirinya sendiri dan juga rangkaian penaja yang melabur dalam negeri Johor, dan tidak melibatkan wang rakyat.
        
        “Oleh itu, kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas, adalah lebih baik berdiam diri daripada menjatuhkan maruah diri sendiri,” katanya.
        
Difahamkan, individu yang dikaitkan untuk menerajui Johor DT adalah Cesar Ferrando Jimenez yang pernah mengurus pasukan Athelico Madrid dan Valencia.
Selain itu PBNJ dikatakan juga dalam rundingan dengan Juan Manuel Lillo Diez yang merupakan pereka formasi 4-2-3-1 dan mentor kepada Pep Guardiola.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sahamboi 21-7-2013 11:00 AM
Lawan kelantan aritu pun main ntah hape2 si jdt ni, ade hati nak amik pemain internasional... buang masa player terror2 je... baik2 teror terus jadi tak terror bila join jdt ni...
Quote biosfree 21-7-2013 11:02 AM
Seronok tgk, yg x bagus si fandi ahmad....
Quote brownstone 21-7-2013 11:54 AM
JDT ni home stadium dia mane??
Quote haiku 21-7-2013 11:56 AM
Fendi Ahmad diturunkan pangkat jadi assistant Cesar Ferrando Jimenez.
Quote ifanonline 21-7-2013 11:57 AM
Ambik pemain terer tapi tetap kalah...
Quote kakikuDibibirmu 21-7-2013 12:01 PM
@peYno               
Quote peYno 21-7-2013 12:05 PM
Semenjak taknjadi juara ni.. Rasa malas la nak kondem.. X challenging langsung.. Klu dpt juara fa cup ke juara itunini sedap gak belasah... Tim caprut low class ( peyno result oriented punya org k)
Quote solstice 21-7-2013 12:26 PM
Bosan.
Tim & fan caprut & berlagak
Quote alesandra 21-7-2013 12:33 PM
bukan isu baru kann...stok sembang kencang neh.ingat tak kisah batistuta konon....
Quote machiko 21-7-2013 12:38 PM
Pablo Aimar dah tua, nanti asyik injured je..
Quote matseman06 21-7-2013 12:43 PM
aimar tahun depan dah 34..nape cari yang tua2?
Quote lordvoldemort 21-7-2013 12:48 PM
team tadak ROH....

Quote DeMax 21-7-2013 12:52 PM
matseman06 posted on 21-7-2013 12:43 PM
aimar tahun depan dah 34..nape cari yang tua2?

Dah la tua bangka, mati pucuk pulo tu..menghampakan penyokong wanita JDT je
Quote kakikuDibibirmu 21-7-2013 12:52 PM
kalau tak ada roh dah lama dah mati bergelimpangan terdampar dekat padang tu kak
Quote pagarkayu 21-7-2013 12:56 PM
tua2 pun main liga malaysia jah mesti boleh golden boot tahun depan
Quote satusembilan 21-7-2013 12:58 PM
ambik nama² besar pastu tak menang apa². memang jadi lauk peYno la nanti
Quote peYno 21-7-2013 12:59 PM
DeMax posted on 21-7-2013 12:52 PM
Dah la tua bangka, mati pucuk pulo tu..menghampakan penyokong wanita JDT je

rata2 makcik2 n bebudakmhingusan baru belajar nak minat bola je yg sokong jdt ... lagu sorak pon baru hafal
pastu mengaku hardcore since 2013

prfrttt tempe tempe
Quote peYno 21-7-2013 01:00 PM
satusembilan posted on 21-7-2013 12:58 PM
ambik nama2 besar pastu tak menang apa2. memang jadi lauk peYno la nanti

musim ni pon hanya setaraf tim sime darby je.. sebab sime darby pon pernah masuk final fa cup thn lepas tapi kalah..
Quote boyagombak 21-7-2013 01:11 PM
Ambik Messi dan CR pun blum tntu menang
Bravo TRW

Lihat semua komen(185)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.065507 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top