CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

10 Cara Untuk Menjadi Ibu Bapa Yang Cemerlang

6-6-2016 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5245| Komen: 0


Oleh : Dean BZ

Foto - www.wom.my


Membesarkan anak-anak tidaklah semudah yang disangka. Sebagai ibubapa, kita semestinya tahu cara yang betul untuk mendidik anak-anak agar mereka menjadi insan cemerlang apabila sudah dewasa.

Mungkin kita kurang arif dan tidak tahu apakah yang harus dilakukan lagi selain memberi makan minum, pakaian dan juga pelajaran.

Tidak mengapa, perkongsian tips untuk menjadi ibubapa yang cemerlang dibawah ini sangat bagus untuk anda praktikkan. 

1. Namakan anak dengan nama baik – Dah jadi trend semasa, anak-anak diberi nama yang extravaganza. Tak salah, tapi biarlah ada makna yang baik. Dah namakan dengan nama yang elok, panggillah juga dengan nama penuhnya. Kalau Muhammad, jangan panggil mamat! 


2. Pelukan setiap hari – Pelukan/mendakap anak-anak penting. Memang terbukti boleh buat IQ dan EQ anak-anak lebih kuat dan positif. Mereka lebih rasa disayangi dan dihargai. Sebelum tidur dan bangun tidur. Peluklah anak-anak anda dengan penuh kasih sayang. 

3. Cara pandangan – Cara kita pandang anak-anak juga penting. Anak-anak ni suci bersih. Mereka tahu menilai setiap gaya pandangan kita. Pandanglah anak-anak dengan penuh belas dan pandangan kasih sayang. Moga-moga, apa yang tergambar dalam mata anak-anak ialah pandangan redup ibubapa yang menenangkan jiwa. Yang diingati dan dirindui setiap masa. 

4. Puji anak – Kita yang dewasa pun sukakan pujian, apatah lagi anak-anak. Anak-anak lebih mudah dipuji. Pujian berbentuk pelukan, kata-kata semangat, ciuman, hadiah dan lain-lain mampu membuatkan anak kita rasa dihargai dan diberi perhatian. Saya yakin, bukan hadiah mahal yang anak-anak pinta, cukup sekadar kita belikan mainan murah, pasti terpancar rasa gembira bila mereka menerimanya. 

5. Jangan terlampau berharap – Adakalanya kita mungkin sentiasa mengharap yang terbaik daripada anak-anak. Kita kena sedar dan berfikiran logik, anak-anak ada juga masanya tak konsisten dalam banyak hal. Sama macam kita juga. Teruskan mendidik anak-anak kita dengan penuh kesabaran. Memang perlukan kesabaran yang tinggi. InsyaAllah, berkat sabar ni akan membuahkan hasil yang manis. Kalau bukan di sini, insyaAllah di sana nanti. 

6. Bijak buat pilihan – Biasanya, kita tersilap buat keputusan. Contohnya,  jika ada masalah di tempat kerja dan juga masalah keluarga, pilihlah untuk selesaikan masalah keluarga terlebih dahulu. Keluarga berhak berada dalam pilihan nombor satu kita. InsyaAllah, keluarga kita aman, kita kerja pun lebih bersemangat dan komited. 

7. Jangan mengeluh – Saya akui, membesarkan anak-anak ni memang penuh cabaran dan dugaan. Memang penat dan pelbagai perasaan lagi. Saya nasihatkan diri saya sendiri, perkara yang perlu kita jaga ialah jangan kita mengeluh atas dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Sama-sama kita pohon dikurniakan kesabaran untuk membesarkan anak-anak.

8. Dengar cerita anak-anak – Sampai masanya, anak-anak memang suka bercerita itu dan ini. Belajarlah untuk menjadi pendengar yang setia. Banyak yang boleh kita selit untuk menjadikan anak kita bercakap dengan baik. Masa inilah untuk kita betulkan apa sahaja perkataan yang kurang elok yang ditutur anak-anak. Bagus juga bila kita dapat disiplinkan anak-anak tentang keutamaan bila bercakap. 

9. Sentiasa ada untuk anak – Menjadi pendengar yang setia. Anak-anak ni, memang macam-macam perangai. Anak sulung lain perangainya. Anak kedua lain perangainya. Kita ibubapa yang cemerlang harus sentiasa aa masa untuk anak-anak. Cari masa untuk dengar cerita anak walaupun hanya cerita dia main warna-warna di sekolah! 

10. Tunjuk cara untuk tenangkan diri – Kita kadang-kadang cepat kalut dan panik dalam menghadapi permasalahan. Kita harus sedar, anak-anak adalah peng’copy-paste’ terbaik yang ada dalam dunia. Setiap tindakan kita menjadi model untuk anak-anak. Maka, wajar sekali kita sendiri tunjukkan contoh terbaik untuk menghadapi tekanan dan masalah. 


Walau sesibuk mana pun kita, tanggungjawab mendidik  anak-anak jangan sesekali diabaikan. Semoga bermanfaat. - CARI Infonet.




Sumber - hafizmohd.com
14

Bagus
21

Marah
17

Terkejut
26

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.034074 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top