Oleh : Dean BZ Ikan percik mungkin mengambil sedikit masa untuk menyediakannya. Ini kerana anda perlu membakar ikan terlebih dahulu sehinggalah hampir setengah masak dan kemudian kuah percik akan disiram diatas ikan tersebut.
Walaupun penyediaannya agak leceh, tetapi amat berbaloi apabila ia sudah masak. Kata orang, ikan bakar kurang kolestrol jadi sudah tentu amat baik untuk kesihatan dan diet sihat. Jom cuba masak resepi ikan percik ala Terengganu style ini - CARI Infonet Bahan-bahan (5-6 orang) 5-6 ekor ikan kembung 4 cawan santan 7 ulas bawang merah – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar 1 inci halia – dikisar Sedikit kunyit hidup – dikisar 2 sudu besar cili kisar 1/2 sudu kecil belacan 1 sudu kecil asam jawa 3 batang serai – diketuk 1 sudu kecil halba Garam dan gula Kunyit dan garam – untuk dilumur pada ikan Cara-cara Panggang atau bakar ikan yang telah dilumur dengan kunyit dan garam sehingga masak. Panaskan periuk atau kuali (tanpa minyak), kemudian masukkan santan, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili kisar, belacan, asam jawa dan serai. Kacau sehingga sekata. Apabila mendidih, masukkan halba. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Apabila siap, curahkan kuah percik ke atas ikan. Sumber - dapurmalaysia.com |
6
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
15
Sedih |
6
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT