oleh Adib Za Ketika sibuk 'scroll' dinding Facebook pagi tadi, antara yang mencuit hati penulis ialah gambar yang penuh 'throwback' ini.
Bagi anda yang lahir tahun 80-an dan ke bawah pasti tidak boleh lupakan drama yang begitu popular ketika bulan Ramadan ini, iaitu drama Rumah Kedai. Memang nostalgia betul, iyalah dahulu tidak ada lambakan drama seperti hari ini. Kalau nak tahu, ia mula ditayangkan sejak tahun 1988 dan ditayangkan setiap hari pada bulan puasa. Pasti anda tak lupa lakonan Kartina Aziz, Rosnah Mat Aris, Khatijah Tan, Yusof Moahamad dan juga Haron Salim Bachik serta ramai lagi. Petang-petang sahaja, ketika menunggu waktu berbuka, pasti semua tertunggu-tunggu drama ini di depan kaca TV, betul?
Yang penting, drama ini memang penuh dengan mesej dan juga teladan baik yang dibawakan bersempena bulan Ramadan. Apa yang anda ingat tentang drama Rumah Kedai ini? Kongsikanlah dengan kami. - CARI Infonet |
matseh replied at 7-6-2016 08:41 AM
Masa tengok kat kampung, kedai di kampung. Masa aku kerja KL dah ada mini market. Rupa nya mini mark ...
NonaNaga replied at 6-6-2016 11:46 PM
mula2 kedai kecik je kat kampung...untuk tahun2 seterusnya dah ada mini market...
rosnah mat aris p ...
arffa replied at 7-6-2016 12:11 PM
Alfatihah. dua-dua pun dah meninggal.
asiasugarmummy replied at 6-6-2016 11:13 AM
GIGOLO_JANA PENDAPATAN_GIGOLO
Selamat Datang ke Agensi Dating terbaik dengan rekod yang sangat baik ...
Esmiria replied at 10-6-2016 04:41 PM
mesia nk bala beso.ka promote bnda ni..hmm
ADVERTISEMENT