CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Mesin Lipat Baju" Direka Untuk Mereka Yang Malas Melipat Baju

3-6-2016 06:49 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 15482| Komen: 21

Oleh : TS LOO




Orang yang malas adalah pereka yang paling kreatif, setuju tak anda semua dengan kenyataan ini? 


Sejak ada eskalater, kita semua pun malas menaiki tangga. Bila ada mesin basuh baju, kita semua dah jarang basuh baju guna tangan. Apabila ada mesin basuh pinggan mangkuk, kita semua pun tidak lagi menolak kerja-kerja membasuh pinggan dan mangkuk.

Tetapi, sehingga sekarang, kalau perlu melipat pakaian, seolah-olah kita masih perlu buat sendiri. Jadi, kini dalam zaman teknologi yang serba menyenangkan ini, pastinya manusia akan mencipta satu mesin lipat baju secara automatik. 



sumber foto : google image


FoldiMate, sebuah syarikat yang berasal daripada San Fransisco, Amerika Syarikat, telah menghasilkan sebuah mesin lipat baju secara automatik yang sememangnya melegakan ramai suri rumahtangga. 


Selain boleh melipat baju, mesin tersebut juga dapat mengeluarkan wap yang dapat mengelak baju daripada berkedut dan menyembur minyak wangi. 





Berdasarkan pengenalan video, pengguna hanya perlu mengeringkan baju dan mengepitnya di mesin tersebut mengikut susunan, lepas itu, pengguna boleh tunggu sambil berehat di tepi. 

Setelah dihidupkan, ia akan secara automatik melipat baju satu demi satu, keluar wap untuk mengelak berkedut dan sembur minyak wanggi. Kemudian, akan mengeluarkan suara yang beri tips seperti berikut: Relaks, relaks & relaks! Orang dewasa mahupun kanak-kanak, semua akan mahir menggunakan mesin tersebut.

Pihak kilang turut menekankan, mesin basuh pakaian dan mesin jemur akan mengeluarkan bunyi yang agak bising, tetapi mesin lipat baju ini ketika bergerak, bunyi yang dikeluarkannya seperti bunyi yang dihasilkan ketika menaip.

Cuma kekurangan mesin ini adalah selain pakaian yang biasa, cadar yang bersaiz besar, lembaran atau pakaian dalam yang bersaiz kecil, sarung kaki dan sebagainya, semua tidak dapat dimasukkan ke dalam mesin tersebut, serta setiap kali hanya dapat kepit 15 sehingga 20 helai baju sahaja.


Menurut maklumat dalam laman rasminya, mesin lipat pakaian ini lebarnya 71cm, ketinggiannya 81cm, dalamnya 79cm, beratnya 30cm. Statistik menunjukkan, jangkamasa untuk kepit sehelai baju perlukan masa 5 saat, mesin melipat pakaian perlu 10 saat. 

Tempoh masa untuk wap hilangkan kesan kedut termasuk menyembur minyak wangi kena habiskan masa 20 hingga 30 saat. 

Purata masa untuk menguruskan satu pakaian perlukan masa kira-kira 35 hingga 45 saat.




Setakat ini, mesin lipat baju masih belum dijual secara rasmi, tetapi menurut laman rasminya, ianya akan mula dibuka untuk tempahan awal adalah pada awal tahun 2017, dijangkakan 2018 akan berada di pasaran. 

Namun, mesin tersebut berapa harganya? Difahamkan harganya kira-kira USD700- 850 atau bersamaan antara RM2895 sehingga RM3515. - CARI Infonet

13

Bagus
29

Marah
16

Terkejut
25

Sedih
26

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote si-buta 3-6-2016 08:32 PM
Ini bagus punya barang
Quote aderaderker 3-6-2016 09:20 PM
Wah..ini sudah bagusss
Quote Spender_Bundle 4-6-2016 09:36 AM
harap2 cipta mesin utk memasak lak..dgn kemas rumah...
Quote Artemesiaa 4-6-2016 12:24 PM
Laa boleh lipat kemeja je ke tak ada maknanya kalau cam tu
Quote miyafara 4-6-2016 01:09 PM
Since nak guna ni kena kepit satu2... kena tunggu... baik la lipat sendiri hahaha
Quote Siputjelly 4-6-2016 07:18 PM
harga dia 700-850usd.kau mampu?  tahun 2017 start preorder.
Quote manjalara_01 5-6-2016 09:30 AM
Edited by manjalara_01 at 5-6-2016 09:46 AM

ni mcm tanda2 kecil robots will take over the world...
oops!...too much of watching terminator movie..
Quote purpledesire 5-6-2016 10:11 AM
Lipat baju pakai tangan jer la..senang..
Quote nurbaya 5-6-2016 01:08 PM
Aku malas lipat...sidai je kat hanger..settle..
Quote mbhcsf 6-6-2016 12:09 AM
i suka iron baju tapi tak suak lipat so i hang je...
Quote krustykrab 7-6-2016 10:11 AM
iollsna k buat biz lipat bajuni ...sapa nak hantar? lol
Quote farhana008 7-6-2016 12:07 PM
Kalo tak mahal, nak je beli
Quote Loxlaxman 7-6-2016 01:24 PM
The Laundroid dah keluar dah tahun lepas..
Quote minah_kidal 7-6-2016 04:12 PM
haha tp tak semua size dia blh lipatkan? takpela klo tahap malas sgt tu ada je upah lipat sekilo rm2.
Quote nisako 30-3-2017 04:02 PM
bestnye mesin seterika baju bila pulak
Quote alesandra 30-3-2017 11:31 PM
setakat lipat tu aku ok lagi..bab iron baju  mmg tak koser
Quote ReginaGeorge 31-3-2017 01:38 PM
semestinya indah khabar dari rupa!
Quote Leo_Gurlz 31-3-2017 10:54 PM
Baguss untuk org busy nih tapi harga telan air liur
Quote najib888 2-4-2017 01:41 PM
"Tak cukup canggih lagi ni.. sebab kene kepit pulak baju kat mesin tu.
Kalau betul2 canggih, jangankan kepit baju, suis soket kat wall outlet tu pun dia bleh on/off automatik"

Mat Segan bin Malas

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.162135 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top