Oleh : Dean BZ
Salah satu taktik "pelik" telah digunakan oleh Tentera Khas Britain iaitu memasang muzik Bollywood dengan kuat sebagai senjata psikologi menentang militan IS di Libya. Cara tersebut dilakukan atas nasihat pegawai perisik kelahiran Pakistan yang memberitahu irama Bollywood akan menaikkan kemarahan IS, yang menganggap muzik tidak berunsurkan Islam. "Kami perlu membuatkan mereka kebingungan dan pada masa sama menggunakan langkah pasif untuk mengukur kekuatan mereka di kawasan kami berada dan ia berjalan lancar," kata sumber kepada Daily Mirror. Pasukan itu yang menjadi sebahagian unit Arahan Operasi Khas Bersama (JSOC), turut terbabit melatih askar Libya cara mengusir IS dari bandar Sirte dan sepanjang 185 kilometer pesisir pantai negara itu.
Unit operasi psikologi memintas komunikasi IS dan menyiarkan irama Bollywood, sebagai membalas dendam di atas pelaksanaan undang-undang Syariah di Sirte yang mengharamkan semua perkara berkaitan barat atau dianggap sia-sia. Lagu Bollywood dilihat sebagai penghinaan melampau oleh kumpulan militan itu. Tentera Britain dan Libya meninggalkan dua kereta yang dipasang dengan muzik Bollywood berhampiran Sirte. Menurut laporan media, selain mengganggu militan, senjata muzikal itu juga membantu mendedahkan tempat persembunyian militan kerana apabila anggota IS mengadu mengenai muzik itu menerusi radio, ia memberikan lokasi tepat kedudukan mereka. Adakah benar-benar berkesan cara yang digunakan ini? Lagu apakah yang dipasang hingga menimbulkan kemarahan kumpulan militan IS. Dilwale? Kuch Kuch Hota Hai? - CARI Infonet. Sumber - Bharian |
9
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
9
Sedih |
11
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
almightyzeus replied at 2-6-2016 05:49 PM
patut pasang bideo porno.......
cmf_shalom replied at 2-6-2016 10:08 AM
kang ngan2 tentera UK tu plak transang...
klu mmsing dh transang lain plak jd n ...
saladin780 replied at 2-6-2016 06:12 PM
why bollywood..pasang je lagu anaconda nicky minaj kan lg bagus
famri7 replied at 2-6-2016 10:29 AM
lepas babi tonyok selori jah sis..xpon photostat gambar cekpit pastu tabur persisi ummah2 johorean b ...
ADVERTISEMENT