CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ditutup Selepas 25 Tahun, Netizen Kongsi Nostalgia Petronas Kampung Baru

2-6-2016 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6042| Komen: 12

oleh Adib Za

Siapa sangka sebuah stesen minyak telah meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat yang duduk di kawasan sekitarnya.

Itulah yang dirasai oleh mereka yang berasa terharu bila mendapati Petronas di Kg Baru Kuala Lumpur bakal ditutup untuk selamanya tidak lama lagi. 

Seorang netizen, Ondscene Shamsul bercerita bagaimana perasaannya bila mendapat tahu stesen minyak yang banyak berjasa di tengah-tengah Kuala Lumpur itu akan ditutup untuk pembangunan MRT. 

Katanya, banyak kenangan pahit manis warga Kuala Lumpur bermula di sini. Stesen minyak inilah yang menjadi landmark untuk pelbagai pertemuan dan mereka yang pertama kali bertamu ke ibu kota. 

Ternyata, luahannya telah menerima banyak respon yang sama, perasaan nostalgia terhadap satu lokasi yang menjadi keperluan semua orang pada masa ini. 

Menyamakan nasib stesen ini dengan bangunan Ampang Park yang terpaksa dihentikan khidmatnya demi pembangunan yang rancak dibina. 


Baca nukilan netizen ini. 




MRT - Atas Nama Pembangunan : Terharu Berakhir Sayu - Petronas Kg Baru Tinggal Kenangan.

Nota : kepada yang ada kenangan di sini, sila jangan sebak membacanya. Anggaplah ia sebagai umpama kenangan berakhirnya legasi Ampang Park

Kampung Baru
Kuala Lumpur
31 Mei 2016

Pagi ini, ketika hendak mengisi petrol di Petronas Kg Baru, juruwang menghulurkan dua bungkusan makanan ini.
Sebungkus meehun goreng dan kuih (karipap dan cucur badak)

Di atas bungkusan meehun, ada stiker :
Terima Kasih
Di atas sokongan anda selama
25 tahun
dari kami
PETRONAS KAMPUNG BARU.

Perasaan terharu terbit kerana kemurahan hati pengurusan yang memberikan 'hadiah' kepada pelanggan yang datang.

Tapi... sebenarnya, perasaan terharu itu kemudiannya bertukar sayu...

Ye - 7 Jun 2016 ini segalanya berakhir di mana operasi stesen Petronas ini akan dihentikan selama-lamanya untuk memberi laluan kepada projek pembinaan MRT.

Banyak kenangan pahit manis kepada ramai warga Kuala Lumpur sejak adanya stesen minyak Petronas ini.

Ia antara beberapa stesen minyak yang berada di tengah-tengah pusat bandaraya dan akhirnya ia menemui penghujungnya.

Beberapa tahun lalu di sebelahnya adalah stesen NGV Petronas yang akhirnya dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan hartanah.

Petronas Kampung Baru sejak sekian lama menjadi 'landmark' untuk pertemuan atau kepada mereka yang pertama kali sampai di tengah pusat bandaraya.

"OK, Jumpa di Petronas Kg Baru. I tunggu u di tepi tu..."

"Hang tau tak Kampung Baru? Hang sampai Petronas, hang berhenti sana, aku mai datang ambik..."

"Aku dok jupe jalang ni mek. Nok hala mannna ni. Kiri aku ader Petronah. Bengong aku jalang Kei El ning .."

"Kitak ada nangga Peteghonass ngakk? Tunggu sitok, kamek sampai..."

Itu antara dialog yang mungkin pernah berlaku sepanjang 25 tahun memberikan khidmatnya.




Dulu, saya selalu menjadikan Petronas Kg Baru sebagai 'sasaran' untuk merakamkan visual ketika kenderaan beratur panjang membeli minyak apabila harga minyak diumumkan akan naik.

Ia juga lokasi sangat sesuai dan mudah untuk mendapatkan 's.o.t. voxpop' jika mau temubual pengguna tentang isu kenaikan harga minyak.

Dengan berlatarbelakangkan bangunan KLCC, ia seolah memberikan gambaran, tiada apa yang akan dapat membantu untuk ia tidak dirobohkan jika itu kehendak mereka yang menamakannya atas nama pembangunan.

Ia senasib dengan bangunan Ampang Park.

Nota :
Untuk rekod, atas nama pembangunan dan pembinaan MRT, banyak stesen minyak telah lenyap di muka bumi ini di Kuala Lumpur dan banyak memberi kesan kepada pengguna jalanraya.

Antaranya :
Petron dan Shell di Pusat Bandar Damansara
BHP di sebelah Eastin Hotel
Petronas di Jalan Damansara seberang jalan plaza Tol
Caltex di kiri dan kanan jalan Damansara berhampiran Taman Tun Dr Ismail.

Petronas Kampung Baru
Jumlah : 7 buah (sekurang-kurang)

#Petronas #KgBaru #KampungBaru #PetronasKgBaru #MRT #lenyap #kenangan #Caltex #BHP #Shell #Petron #roboh


Sumber/ Kredit Foto: Ondscene Shamsul
4

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote MariaClara 7-6-2016 01:08 PM
dah tentu owner dpt ganjaran...ye ke?
Quote stillen 7-6-2016 10:49 AM
Xheran kalau kena tutup, mana org nak ambik kisah sgt kecuali bubur lambuk ja
Quote rosmahisham 5-6-2016 11:11 PM
betol.. i pon sedih..dulu zmn muda slu kehabisan myk..dr jln tun razak mesti singgah kg baru.sambil tapaw mknan ape yg ptt kat kg baru tu
Quote mbhcsf 5-6-2016 06:46 AM
Oh, bless him the owner, baik dan i suke beli brownies yg rich with chocolates, silap i x copy down the supplier.
Kepada tuan punya kedai minyak , bless u and i wish u well.
Quote Nenasketum 3-6-2016 06:39 PM
Important landmark tu
Quote ALWAYSREDA 3-6-2016 06:30 PM
Ampang Park, antara shopping complex yg terawal di KL.....antara landmark amat dikenali di KL.
Quote ladyflower 3-6-2016 04:15 PM
susah nya nak carik stesen minyak kat kl kot lupa nak isi minyak dari rumah
Quote epis 3-6-2016 04:08 PM
Petronas ni la jadi landmark tuk saya ke the castle kt blkg tu...
Quote red_cattleya 3-6-2016 02:58 AM
sedih lak rasa, mmg aku selalu stop gi toilet kat sini. sbb selalu lepak kg baru.
Quote syadq 2-6-2016 06:29 PM
MRT stesyen Setia Sky!
Quote awaynepian 2-6-2016 06:24 PM
Ku nan memang nak kg baru ni kan...rasanya since dr zaman nong chik dulu katanya nak 'dibangunkan'
Quote Shahreen74 2-6-2016 04:35 PM
emm.. x lama lg ngan kpg baru tu sekali tutup... atas nama pembangunan KONON..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.079005 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top