Oleh : Dean BZ
Gabenor Tokyo, Yoichi Masuzoe menghadapi tekanan supaya meletak jawatan selepas dikritik hebat oleh orang ramai ekoran tuduhan beliau berbelanja mewah membabitkan penginapan hotel ketika kunjungan perniagaan di luar negara. Yoichi Masuzoe melakukan pembelian lelongan dalam talian serta menginap dalam hotel dan spa mewah. Beliau juga mencetuskan masalah besar dengan kos kunjungan luar negara yang mahal selain tuduhan menggunakan dana politik secara tidak sepatutnya.
Tokyo akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik musim panas 2020 dan tindakan Masuzoe dilihat sebagai satu insiden terbaharu yang memalukan terhadap sukan yang terpalit skandal berkenaan. Penganjur terpaksa membatalkan rekaan stadium utama yang asal kerana kos tinggi, berdepan tuduhan meniru logo sukan terbabit dan kini berdepan siasatan rasuah pendakwa Perancis membabitkan dana berjumlah AS$2 juta (RM8.31 juta). "Saya memohon maaf kepada penduduk Tokyo dan dewan perhimpunan bandar ini," kata Masuzoe yang kemudian tunduk pada awal ucapan dasar di dewan perundangan tempatan. Yoichi Masuzoe memegang jawatan sebagai Gabenor Tokyo sejak tahun 2014. - CARI Infonet. Sumber - AFP/Bharian |
9
Bagus |
8
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Glass_shoes replied at 2-6-2016 02:25 AM
Tunggu komen 'bijan rompak 2.6 billion relax je'
Modngengade replied at 2-6-2016 10:36 AM
kakak pun syak komen yg cliche spt itu akan keluar tak lama lagi sis
Loloq89 replied at 2-6-2016 02:43 AM
najib rompak 2.6b rilek je
Modngengade replied at 2-6-2016 10:44 AM
khennnn....terima kasih kerna menyahut seruan jihad
juliez replied at 2-6-2016 10:47 AM
I tunggu bila la org nak bukak thread budak kena tinggal tepi hutan dek makpak jepun heols. Now tgh ...
Syd replied at 2-6-2016 10:48 AM
dah ada tered tu tak silap.
abang tong bukak ataupung @GhostWalking
Syd replied at 2-6-2016 02:48 AM
dah ada tered tu tak silap.
abang tong bukak ataupung @GhostWalking
ADVERTISEMENT